Friday, March 12, 2010

Pengarah Filem Lucah Dirai Bertanding Parlimen Britian.

2 pelakon lucah diraikan oleh hos Nicki Hunter (kiri) yang juga penggiat bidang pornografi di pub Sardo's Grill dan Lounge, Burbank, California (gambar atas). (Bawah) Anna Arrowsmith

LONDON.Seorang pengarah filem lucah, Anna Arrowsmith mengumumkan akan bertanding bagi kerusi Parlimen Britain pada pilihan raya akan datang, lapor sebuah akhbar semalam.

Wanita itu yang menguruskan agensi filem porno Easy on the Eye, menyatakan bahawa dia akan bertanding atas tiket Parti Liberal Demokrat di Gravesham, Kent.

Arrowsmith, 38, ialah pengarah filem lucah wanita pertama di Britain dan telah menerbitkan lebih 300 filem porno selain dinamakan pengarah terbaik Anugerah Filem dan Televisyen Dewasa Britain pada 2008 dan 2009.

Wanita itu yang memiliki ijazah sarjana muda Seni Halus dan Sarjana Falsafah berkata, dia bertanding untuk membersihkan politik Britain daripada pelbagai skandal terutamanya kontroversi tuntutan perbelanjaan melampau di kalangan anggota Parlimen.

"Kepada penduduk Kent, saya berharap anda tidak menilai saya berdasarkan kerja saya. Saya melibatkan diri dalam industri filem lucah untuk menjadikan filem itu lebih mesra wanita," kata Arrowsmith.

"Pada era ini, orang ramai yang hidup dalam masyarakat demokrasi sepatutnya diberi pilihan untuk menonton apa yang mereka mahu," tambahnya. Berita Agensi.

Sementara itu menurut berita AP, di Burbank, Amerika Syarikat (AS), sebuah pub di sini, California menjadi popular di kalangan penduduk tempatan dan pelancong sejak ia menganjurkan Malam Karaoke Bintang Pornografi pada setiap hari Selasa. Pada hari berkenaan, pub Sardo's Grill & Lounge dipenuhi dengan pengunjung yang datang untuk melihat bakat nyanyian aktres dan aktor filem lucah AS.

"Saya dahulu pernah membuat rakaman lagu tetapi memilih menjadi bintang pornografi kerana tawarannya lumayan," kata seorang aktres lucah popular, Nicki Hunter selepas nyanyiannya mendapat tepukan gemuruh para pengunjung.

Premis yang dimiliki seorang bekas pustakawan berusia 52 tahun, Seymour Satin itu turut menjadi tempat di mana puluhan pelakon dan penggiat industri filem lucah berehat selain mengadakan rundingan perniagaan.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Kini Aktivis filem lucah mula dihormati, kalau pelakon filem itu dah lama. Mantan Presiden AS, Filipina pun pernah dari pelakon. Tidak hairan kalau penyakit ini boleh menjalar ke negara-negara timur.

1 comment:

Anonymous said...

Di mana-mana pun,filem lucah dan yang seumpama dgnnya hanya merendahkan maruah wanita.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails