Friday, August 14, 2020

Menyingkap Kisah Hijrah Pelakon Tunku Hanis..

 Tunku Hanis mula berhijab sejak dua tahun lalu selepas membintangi drama yang mencetuskan fenomena, Leftenan Zana. - Foto IG Tunku Hanis Tunku Hanis mula berhijab sejak dua tahun lalu selepas membintangi drama yang mencetuskan fenomena, Leftenan Zana. - Foto IG Tunku Hanis

HALAMAN HIBURAN

Jiwa tenang selepas bertudung

KUALA LUMPUR: Status pelakon tinggi lampai, Tunku Hanis menjadi tanda tanya selepas hampir dua tahun tidak muncul di kaca televisyen.

Bukan merajuk, jauh sekali meletakkan titik noktah pada kerjaya lakonan, sebaliknya pelakon yang menempa nama menerusi drama Suamiku Encik Sotong dan Leftenan Zana menumpukan perhatian terhadap dunia perniagaan.

Pelakon berdarah kacukan Melayu Arab itu berkata, dia sibuk dengan menguruskan operasi perniagaan dalam tempoh setahun sembilan bulan.

"Siapa kata saya merajuk? Tak merajuk atau bawa diri pun sebaliknya memberikan fokus pada perniagaan hingga tiada masa mahu berlakon.

"Secara jujurnya, saya rindu nak ke lokasi penggambaran selepas sekian lama tak berlakon. Antara paling rindu adalah suasana penggambaran.

"Saya berlakon semula apabila perniagaan sudah mula stabil. Kerana sudah boleh membahagikan masa," katanya kepada BH Online.

Terbaharu, Tunku Hanis atau nama sebenarnya, Tunku Norhanis Tunku Salman akan menjayakan drama Baby Tak Gila terbitan Pencil Pictures sebanyak 16 episod.

Kongsinya, ia adalah kemunculan pertamanya selepas sekian lama tidak berlakon.

"Drama Baby Tak Gila adalah naskhah pertama selepas lama berehat. Alhamdulillah, tawaran lakonan masih ada, cuma tidaklah selebat dahulu. Mungkin orang ingat saya sudah tidak mahu berlakon," katanya.

Tunku Hanis berkata, dia kini sudah berhijab pada November 2018, selepas membintangi drama Leftenan Zana.

"Ada yang anggap saya tidak mahu berlakon selepas berhijrah. Secara kebetulan, saya pula tidak berlakon selepas bertudung dan membintangi dalam drama Leftenan Zana.

"Saya masih menerima tawaran, tetapi watak yang diberikan tidak bersesuaian dengan imej bertudung. Orang sudah biasa nampak saya menjayakan watak antagonis, jadi ramai menawarkan watak kaki mabuk, gemar ke kelab malam, gadis liar dan sebagainya.

"Dengan imej sekarang, mana sesuai watak begitu. Tetapi, itulah bukanlah sebab utama, ada juga tawaran yang diterima tidak kena dengan jadual," katanya.

Menyingkap kisah penghijrahannya, pelakon berusia 29 tahun itu berkata, dia mengambil keputusan bertudung disebabkan usianya sudah bertambah.

"Saya rasa nak bertudung disebabkan saya makin dewasa. Sebelum ini, saya melalui fasa nakal, di mana jiwa dan hati tidak tenang, malah sentiasa tak puas.

"Disebabkan saya makin berusia, biarlah perlahan-lahan berubah. Sebagai orang Islam, tak bertudung adalah berdosa, jadi ia membuatkan saya rasa bersalah.

"Saya bukanlah bercakap seolah-olah saya ustazah. Saya masih memperbaiki diri sama dengan orang lain," katanya. (BH)

Tunku Hanis memperlahankan aktiviti lakonan bagi menumpukan perhatian pada dunia lakonan. - Foto IG Tunku Hanis "Saya rasa nak bertudung disebabkan saya makin dewasa..."

Hibur Hibur Sikit

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails