Tuesday, August 11, 2020

Judi: Pihak Berkuasa Bertindak, Kedai 'warga Acheh' Diroboh..

 Kedai 'warga Acheh' sudah diroboh, ramai peniaga tidak lagi berniaga di tepi jalan Berdasarkan maklumat daripada penduduk tempatan, pihak berkuasa melakukan operasi di kawasan itu pada Ahad dan difahamkan kedai menjual buah milik warga asing yang tular itu turut dirobohkan pada hari sama. - Gambar Astro AWANI

Kedai 'warga Acheh' sudah diroboh, ramai peniaga tidak lagi berniaga di tepi jalan

SUNGAI BULOH: Tiada lagi kelibat peniaga warga asing berniaga di tepi jalan malah kedai menjual buah dan rokok seludup didakwa milik peniaga asing juga sudah dirobohkan.

Tinjauan Astro AWANI mendapati khemah-khemah peniaga yang diletakkan di atas tapak parkir seperti didedahkan dalam video ‘Asri Janggut’ baru-baru ini juga sudah tidak kelihatan.

Berdasarkan maklumat daripada penduduk tempatan, pihak berkuasa melakukan operasi di kawasan itu pada Ahad dan difahamkan kedai menjual buah milik warga asing yang tular itu turut dirobohkan pada hari sama.

Menurut mereka, kawasan berhampiran yang biasanya dipenuhi peniaga kini juga lengang kerana peniaga bimbang barangan mereka turut disita dan dirampas dalam operasi pihak berkuasa.

Tinjauan Astro AWANI ke lokasi lain juga mendapati beberapa gerai yang difahamkan selalunya menjual rokok seludup juga tidak beroperasi pada hari tersebut. 
Tinjauan Astro AWANI mendapati khemah-khemah peniaga yang diletakkan di atas tapak parkir seperti didedahkan dalam video ‘Asri Janggut’ baru-baru ini juga sudah tidak kelihatan. Tinjauan Astro AWANI mendapati khemah-khemah peniaga yang diletakkan di atas tapak parkir seperti didedahkan dalam video ‘Asri Janggut’ baru-baru ini juga sudah tidak kelihatan.

Menurut seorang peniaga berhampiran, semua peniaga itu tidak lagi berniaga selepas kes tersebut tular dalam media sosial selain pihak berkuasa kerap menyerbu kawasan itu dalam beberapa hari ini. 

Dalam pada itu, tinjauan mendapati kedai mesin judi yang ditularkan dalam video sama juga tidak beroperasi, pintu ditutup rapat dan tiada langsung motosikal berada di luar premis tersebut. 

Begitupun, penduduk setempat mengakui bahawa ada kedai mesin judi di kawasan itu malah mereka memberitahu ia sudah lama bertapak di kawasan itu dan dilakukan secara tersembunyi.

Meskipun sudah berulang kali diserbu namun ia kembali beroperasi beberapa minggu atau beberapa bulan selepas diserbu.

Terdahulu, tular dua versi video berdurasi 13 minit 28 saat dan lapan minit 29 saat yang dibuat secara langsung oleh pentadbir akaun Facebook Hot Burger Malaysia mendakwa pihak berkuasa tidak melakukan pemantauan terhadap kegiatan perjudian dan penjualan rokok seludup di kawasan Sungai Buloh.

Perkara itu mendapat perhatian Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador yang memaklumkan pihaknya akan menyiasat dakwaan tersebut dan tidak akan berkompromi terhadap pihak yang terlibat dalam aktiviti perjudian.

Susulan itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa'aton Abu Bakar menerusi sidang akhbar semalam memaklumkan, pihaknya telah melakukan enam serbuan di lokasi berasingan di sekitar Bandar Baru Sungai Buloh.

BACA: SPRM siasat dakwaan pihak berkuasa lindungi premis judi haram

Pada sidang media sama pihaknya memaklumkan polis akan akan memanggil individu dikenali sebagai Asri Janggut yang disyaki menularkan video berkenaan bagi membantu siasatan.

Dalam pada itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menegaskan akan menyiasat dakwaan pihak berkuasa cuba lindungi premis perjudian haram di sekitar kawasan itu.

Kenyataan itu dikeluarkan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya pada Isnin. (AA)


Tinjauan Astro AWANI ke lokasi lain juga mendapati beberapa gerai yang difahamkan selalunya menjual rokok seludup juga tidak beroperasi pada hari tersebut. 

2 comments:

Anonymous said...

Terima kasih dan syabas kepada menteri KDN, SPRM dan KPN kerana memberi perhatian kepada maklumat yang disalurkan oleh En. Asri dan bertindak untuk mencegah aktiviti salah demi kebaikan rakyat dan menyiasat sama ada berlaku salah guna kuasa di kalangan pihak berkuasa.

Kita juga memohon pihak berkuasa melindungi En Asri sekeluarga supaya orang ramai berani menyampaikan maklumat kepada pihak berkuasa.

Kita juga merasa sangat hairan melihat kerajaan PH Selangor seolah-olah berdiam diri seperti pasu bunga apabila isu ini terdedah. Mengapa ?

Anonymous said...

Harap pihak berkuasa MBSA dapat MEROBOHKAN JUGA STRUKTUR2 TOKONG YANG DIBINA SECARA HARAM diatas bahu2 jalan, tanah reserves kerajaan seperti yang tertera didalam gambar diatas?

Atau pihak berkuasa MBSA sudah diSOGOK oleh taukeh2 kedai yang membina struktur haram tersebut? Harap pihak SPRM juga dapat menyiasat berkenaan isu2 ini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails