Saturday, January 26, 2019

Kisah Kejam Bunuh Anak Dicalon Anugerah Oscar. Mana Arah Hiburan?

Ibu kesal kisah pembunuhan kejam anak dicalon ke Anugerah Oscar
Pencalonan filem "Detainment" mendapat kecaman daripada ibu mangsa dan 150,000 yang menandatangani petisyen. -Vincentlambe.com

HALAMAN HIBURAN

PENCALONAN filem pendek yang dihasilkan daripada kisah sebenar kes pembunuhan kanak-kanak James Bulger mendapat kecaman daripada ibu mangsa yang berasa 'terhina' dengan tindakan itu.

"Detainment" yang tercalon dalam kategori Filem Pendek Terbaik di Anugerah Akademi ke-91 menceritakan tentang bagaimana mangsa budak lelaki berusia dua tahun itu diperdaya, diseksa dan kemudiannya dibunuh dua budak lelaki lain berusia 10 tahun.

Sebelum pencalonan Oscar diumumkan pada Selasa, ibu mangsa Denise Fergus telah memulakan petisyen agar filem itu tidak disenaraipendekkan.

Petisyen itu mendapat lebih 90,000 tanda tangan dan meningkat kepada lebih 150,000 tanda tangan selepas pengumuman Oscar.

“Filem ini dilakukan tanpa menghubungi dan meminta kebenaran daripada pihak keluarga kami.

"Kami seolah-olah melalui semula kesengsaraan apabila detik-detik terakhir James dibunuh dengan kejam dilakonkan semula seorang anak kecil yang lain,” kata Fergus dalam satu kenyataan.“Pihak Akademi (penganjur Oscar) seolah-olah mengetepikan perasaan saya sebagai ibu walaupun lebih 90,000 sudah menandatangani petisyen supaya filem ini tidak dicalonkan.”

Pengarah "Detainment", Vincent Lambe telah pun meminta maaf dan menyatakan rasa simpati kepada keluarga Bulger.

Pengarah itu turut menawarkan sumbangan daripada hasil kutipan filem tersebut untuk Tabung Peringatan James Bulger.

Lambe juga masih menggunakan nama James Bulger untuk mempromosikan filem tersebut.

Filem pendek tersebut menggunakan transkrip keterangan serta rekod rasmi polis, rakaman kamera keselamatan dan pelakon untuk melakonkan semula penahanan dan soal siasat dua pesalah juvana terbabit.


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kemana matlamat dan arah haltuju dunia hiburan? Jawapannya, memang tak tentu arah.  Cuba siasat sudah tentu Freemason atau Yahudin Israel main peranan dibelakangnya.

Sia lihat ini..


Masih bersambung..


Video




Galway Film Fleadh
YouTube - 29 Jun 2018


Vincent Lambe
Vimeo - 29 Jun 2018


Galway Film Fleadh
MSN.com - 2 hari yang lalu


Vincent Lambe
Vimeo - 27 Jun 2018


Newstalk
YouTube - 3 hari yang lalu


Ben Atkin
YouTube - 25 Jun 2018

Hasil carian web

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails