Calon PH, M. Manogaran berkata, pihaknya akan menghentikan apa juga kemudahan kerajaan termasuk kenderaan atau jentera kerajaan yang tidak selaras dengan panduan undang-undang pilihan raya.
"Saya berharap pihak lawan (Barisan Nasional) juga harus patuh kepada undang-undang kerana saya juga dapat tahu mereka juga tidak mematuhi undang-udang dalam kempen PRK di sini," katanya.
Beliau mengulas rakaman viedo yang tular di laman sosial sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki kedua-dua lelaki mempunyai logo Jabatan Perhutanan Negeri Pahang yang disembunyikan di bawah bendera parti
PH dan Jalur Gemilang. - UTUSAN ONLINE
Komen Weblog Ibnu Hasyim: 'akan'?. Ye ke.. boleh percaya janji PH?