Saturday, January 26, 2019

Jururawat Lelaki AS Rogol Pesakit. Kes Jenayah Gagal..



LOS ANGELES: Seorang jururawat lelaki ditahan di Arizona atas tuduhan melakukan serangan seks terhadap seorang wanita sehingga mangsa melahirkan bayi, ketika dalam keadaan koma jangka panjang, menurut polis Amerika Syarikat (AS).
Bulan lalu, mangsa yang berusia 29 tahun melahirkan seorang bayi lelaki. DNA bayi itu padan dengan DNA suspek sehingga membawa kepada penahanan terbabit, kata polis.
Suspek yang dikenal pasti sebagai Nathan Sutherland, 36, berdepan satu tuduhan serangan seks dan satu tuduhan salah laku terhadap individu dewasa yang tidak berdaya, kata Sarjan Tommy Thomson.
“Saya dimaklumkan bayi lelaki ini dalam keadaan baik,” kata Thomson.
Menurut kenyataan media, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kemudahan penjagaan kesihatan itu meletak jawatan, susulan skandal terbabit.
“Bayi ini dilahirkan dalam keluarga penyayang dan akan dijaga dengan baik,” kata peguam keluarga mangsa wanita terbabit. - AFP
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ini lagi terbukti kes perundangan jenayah yang gagal mendidik rakyat. 
Lihat ini.Hudud paling praktikal cegah jenayah – Zakir Naik 
April 20, 2016 12:17 PM
NILAI: Hudud adalah undang-undang pencegahan jenayah yang paling praktikal di muka bumi ini, kata pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik.
Dr Zakir berkata, Arab Saudi yang melaksanakan hukum hudud terbukti lebih berjaya menangani jenayah berbanding Amerika Syarikat (AS) yang tidak melaksanakan undang-undang sedemikian.
Katanya, perkara itu dibuktikan menerusi statistik yang dikeluarkan pihak berkuasa AS sendiri, yang mana menunjukkan kadar rogol dan jenayah di negara kuasa besar itu adalah tertinggi di dunia.
“3,000 jenayah direkodkan berlaku setiap saat di AS ketika ini. Bayangkan jika sistem zakat dibuat dan disusuli undang-undang Islam (hudud) di AS. Adakah ia akan menambah atau mengurangkan jenayah?
“Sudah tentu ia mengurangkan jenayah. Undang-undang syariah adalah undang-undang paling praktikal untuk dilaksanakan di mana-mana tempat di muka bumi ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramahnya di Kolej Permata Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini, hari ini.
Ceramah itu dihadiri Naib Canselor USIM, Prof Datuk Dr Musa Ahmad dan kira-kira 1,000 pelajar dan kakitangan universiti itu.
Agenda pelaksanaan hukum hudud sering dibangkit di negara ini dan menjadi wadah utama perjuangan PAS bagi memperoleh mandat daripada pengundi.
Terbaru, PAS cuba untuk meminda Akta Mahkamah Syariah 1965, bagi membolehkan hudud boleh dilaksanakan di Kelantan.
Agenda hudud menjadi punca kepada perbezaan pendapat antara PAS dan DAP sehingga menyebabkan Pakatan Rakyat berkubur tahun lalu.
Video


Lampu Islam
YouTube - 19 Jul 2018


Lampu Islam
YouTube - 26 Mei 2016



DIALOG ISLAM VS KRISTEN...
YouTube - 27 Okt 2015



Lampu Islam
YouTube - 22 Ogo 2015



Cahaya Islam Channel
YouTube - 11 Mei 2017



Lintasaninfo
YouTube - 1 Nov 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails