LAPTOP dan tablet yang dirampas polis dalam dua serbuan pusat judi online di Taman Kinrara, Serdang, Selangor hari ini. - UTUSAN ONLINE
KUALA LUMPUR 25 Jan. - Polis Selangor menahan 12 individu termasuk dua warga asing yang bertindak sebagai penjaga dalam serbuan di dua pusat judi online di Taman Kinrara, Serdang dekat sini awal pagi tadi.
Serbuan dilakukan pada pukul 12 tengah malam oleh pasukan pegawai dan anggota Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu pejabat Polis Kontinjen Selangor bersama Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu pejabat Polis Daerah Serdang.
Pegawai Turus D7 Selangor, Deputi Superintendan Mohd. Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, kesemua yang ditahan berusia antara 26 hingga 50 tahun.
“Siasatan awal mendapati satu daripada pusat judi yang diserbu baru beroperasi selama empat hari tetapi mampu menjana wang pertaruhan berjumlah RM89,700.
“Premis beroperasi bermula pukul 2 petang hingga lewat pagi dan hanya membuka pintu kepada pemain yang dikenali sahaja untuk masuk,” katanya ketika ditemui selepas selasai serbuan, di sini hari ini.
Menurut Mohd. Khaizam, selain tangkapan, pihaknya turut merampas lima laptop, 13 tablet, 3 telefon bimbit dan wang tunai berjumlah RM1,206.
Tambahnya, kesemua rampasan dan tangkapan akan dibawa ke IPD Serdang, dekat sink untuk disiasat di bawah Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. - UTUSAN ONLINE
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tahniah pihak polis, dari blog Ibnu Hasyim. Itu juga kerja-kerja dakwah.. Syabas!.
Dalil Haram Judi:
Firman Allah Ta’ala:
Dalil Haram Judi:
Firman Allah Ta’ala:
- Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan bertilik nasib dengan batang-batang anak panah, adalah perbuatan keji dan termasuk perbuatan Syaitan. Oleh ituhendaklah kamu menjauhi (perbuatan-perbuatan) itu agar kamu berjaya. (Al-Maaidah 5:90)
Ayat seterusnya pula, Allah berfirman:
- Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)? (Al-Maaidah 5:91)
No comments:
Post a Comment