Perkara tersebut didedahkan Presiden Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA), Datuk Mohamad Ashfar Ali yang mendakwa mendapat makluman daripada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) pada 16 Januari lalu.
“Menurut makluman yang diterima itu, kerajaan telah bersetuju supaya tambang bas ekspres dinaikan daripada 1 Februari hingga 10 Februari.
“Ini bagi menampung perbelanjaan tambahan syarikat bas ekspres yang perlu membayar gaji pekerja dan pemandu bas yang bekerja pada hari cuti Tahun Baharu Cina,” katanya seperti dipetik portal Free Malaysia Today di sini hari ini.
Menurut beliau, pekerja yang dimaksudkan terdiri daripada pemandu, penjual tiket, konduktor dan pekerja kaunter. - UTUSAN ONLINE