Wednesday, January 23, 2019

Lagi Mabuk Punya Hal, Pesawat Terpaksa Patah Balik.

Penumpang dipercayai mabuk, bergaduh, pesawat terpaksa patah balik
Penumpang yang mencetuskan pergaduhan difahamkan mengambil minuman keras yang banyak sebelum penerbangan bermula. - Foto Astro AWANI

Penumpang dipercayai mabuk, bergaduh, pesawat terpaksa patah balik

QUEENSLAND: Sebuah penerbangan yang dalam perjalanan dari Gold Coast, Australia ke Singapura terpaksa berpatah balik akibat pergaduhan yang berlaku dalam pesawat berkenaan.

Kejadian pada Isnin yang berjaya dirakamkan salah seorang penumpang, Rico David Garilli, menjadi bahan bualan di seluruh dunia memandangkan ramai yang terjejas.

Dia berkongsi video yang diambilnya di laman Facebook miliknya dan ia setakat ini telah ditonton lebih 42,000 kali. 

Menurut Garilli, terdahulu apabila penerbangan itu diumumkan ditangguh, individu yang mencetuskan pergaduhan dalam video tersebut telah mengambil minuman keras dengan banyak.

Pergaduhan bermula kira-kira 20 minit selepas penerbangan yang sepatutnya memakan masa lapan jam itu.

Tambah Garilli, pesawat TR7 kendalian Scoot, syarikat penerbangan tambang murah Singapura, itu terpaksa berpatah balik dan mendarat di Lapangan Terbang Sydney selepas dua jam penerbangan.

Jurucakap Scoot dipetik berkata, ketika menaiki pesawat dan semasa pesawat berlepas, penumpang itu kelihatan normal, bagaimanapun, selepas pesawat berada di udara, dia mula mengganggu penumpang berdekatan dengannya. (AA)


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ini, mabuk punya hal, kencing syaitan. Arak punca kejahatan..

Dosa manakah lebih teruk, minum minuman memabukkan, berzina atau membunuh? Itulah teka-teki sebagai inti khutbah Khalifah Uthman bin Affan RA seperti yang diriwayatkan oleh Az-Zuhriy. 

Dalam khutbah Uthman itu mengingatkan umat agar berhati-hati terhadap minuman khamr, arak atau dadah. Sebab sesuatu yang memabukkan itu pangkal perbuatan keji dan sumber segala dosa.


Jatuh Cinta Wanita Cantik


Dulu hidup seorang ahli ibadah yang terlalu tekun beribadah ke masjid, lanjut khutbah khalifah Uthman.  Suatu hari lelaki itu berkenalan dengan wanita cantik.

Kerana sudah terjatuh hati, lelaki itu menurut saja ketika disuruh memilih tiga permintaannya, tentang kemaksiatan.

  • Pertama minum khamr,  
  • Kedua berzina,
  • Ketiga membunuh bayi.
Beranggapan dosa minum arak dosanya lebih kecil dari dosa yang lain, lelaki soleh itu memilih minum arak. Tetapi apa terjadi, dengan minum arak yang memabukkan itu, dia telah melanggar dua kejahatan lain. Dalam keadaan mabuk dan lupa diri, lelaki itu berzina dengan perempuan pelacur itu dan membunuh bayi di sisinya.

Kerana itu hindarilah khamr yang memabukkan itu, kerana minuman itu biang keladi segala kejahatan dan perbuatan dosa. Ingatlah iman dengan arak tidak mungkin bersatu dalam tubuh manusia. 

Satu daripadanya harus keluar. Orang yang mabuk mulutnya akan mengeluarkan kata-kata kufur, dan jika menjadi kebiasaan sampai akhir hayatnya ia akan kekal di neraka.
Hasil carian imej untuk 10 perkara terlibat arak

1 comment:

Paul Baggio said...

Tapi Kholid 'October Fest' SooMAD kata kena hormati hak kaum kapir untuk mabuk!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails