“Pihak berwajib telah menerima arahan tersebut dan akan melaksanakannya,” katanya.

Aktiviti perjudian, terutamanya dalam sukan menjadi satu fenomena besar serata Afrika Timur.

Kegiatan tersebut menjadi-jadi dengan kewujudan platform teknologi seperti penggunaan televisyen digital, telefon pintar yang menjadi saluran bagi aplikasi perjudian dan secara dalam talian.- AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Judi oh judi, di mana-mana saja kamu membawa bencana. Teringat kisah seorang pemabuk todi, pulang ke rumah, serahkan duit pada isterinya RM60. Tapi bila sudah mabuk, minta balik wang itu pada isterinya, "Mana duit yang aku beri RM90 tadi?"

Rupanya, bila mabuk, angka 6 sudah diingat terbalik jadi 9. Itulah bahaya judi.

Benar kata Allah SWT..
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالأَنصَابُ وَالأَزْلاَمُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ 
  • Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.