Wednesday, January 23, 2019

Chris Brown, Penyanyi Rap.. Rogol&Dadah. Hanya Hudud Boleh Ajar Mereka?

Penyanyi rap terkenal Chris Brown ditahan polis
Chris Brown sememangnya terkenal dengan pelakuan ganasnya sebelum ini. - Gambar fail

HALAMAN HIBURAN
Penyanyi rap terkenal Chris Brown ditahan polis
PARIS : Penyanyi rap terkenal Amerika Syarikat Chris Brown hari ini ditahan oleh pihak polis berhubung dakwaan kes rogol dan penyalahgunaan dadah.

Menurut laporan AFP, ia susulan seorang wanita yang membuat dakwaan bahawa Brown,pengawal peribadi dan seorang rakannya telah merogolnya.


Kejadian dikatakan berlaku pada Selasa dan Rabu lalu di sebuah hotel terkemuka di Paris.

Bagaimana pun setakat ini tiada kenyataan dikeluarkan oleh penghibur berkenaan yang sebelum ini turut dikenali dengan perlakuan ganas terhadap bekas teman wanitanya, Rihanna.

Brown sememangnya dilaporkan berada di Paris pada waktu yang didakwa kerana menghadiri satu pertunjukkan fesyen. (AA)

Hasil carian imej untuk Chris Brown,
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mengapa dikatakan hanya 'hudud' dan perundangan Islam yang boleh mengajar penjenayah-pennjenayah tersebut?

Lihat ini..


Hudud paling praktikal cegah jenayah – Zakir Naik 
April 20, 2016 12:17 PM
NILAI: Hudud adalah undang-undang pencegahan jenayah yang paling praktikal di muka bumi ini, kata pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik.
Dr Zakir berkata, Arab Saudi yang melaksanakan hukum hudud terbukti lebih berjaya menangani jenayah berbanding Amerika Syarikat (AS) yang tidak melaksanakan undang-undang sedemikian.
Katanya, perkara itu dibuktikan menerusi statistik yang dikeluarkan pihak berkuasa AS sendiri, yang mana menunjukkan kadar rogol dan jenayah di negara kuasa besar itu adalah tertinggi di dunia.
“3,000 jenayah direkodkan berlaku setiap saat di AS ketika ini. Bayangkan jika sistem zakat dibuat dan disusuli undang-undang Islam (hudud) di AS. Adakah ia akan menambah atau mengurangkan jenayah?
“Sudah tentu ia mengurangkan jenayah. Undang-undang syariah adalah undang-undang paling praktikal untuk dilaksanakan di mana-mana tempat di muka bumi ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramahnya di Kolej Permata Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini, hari ini.
Ceramah itu dihadiri Naib Canselor USIM, Prof Datuk Dr Musa Ahmad dan kira-kira 1,000 pelajar dan kakitangan universiti itu.
Agenda pelaksanaan hukum hudud sering dibangkit di negara ini dan menjadi wadah utama perjuangan PAS bagi memperoleh mandat daripada pengundi.
Terbaru, PAS cuba untuk meminda Akta Mahkamah Syariah 1965, bagi membolehkan hudud boleh dilaksanakan di Kelantan.
Agenda hudud menjadi punca kepada perbezaan pendapat antara PAS dan DAP sehingga menyebabkan Pakatan Rakyat berkubur tahun lalu.
Video


Lampu Islam
YouTube - 19 Jul 2018


Lampu Islam
YouTube - 26 Mei 2016



DIALOG ISLAM VS KRISTEN...
YouTube - 27 Okt 2015



Lampu Islam
YouTube - 22 Ogo 2015



Cahaya Islam Channel
YouTube - 11 Mei 2017



Lintasaninfo
YouTube - 1 Nov 2015

1 comment:

I said...

Islam berfokus jepada konsep pencegahan..pendidikan dan hukuman... Hukum sekarang berfokus kepada pengajaran dan hukuman semata2.... sebab itu semakin bertambah salah laku dan kejadian jenayah...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails