Sunday, January 20, 2019

Perang PRK CAMERON: Pmuda PH Serang Pemuda PAS


Hasil carian imej untuk pemuda pas
Pemuda PH adukan ucapan anak Hadi ke polis 
Ng Xiang Yi PRK CAMERON

Ketua Pemuda DAP, Howard Lee, hari ini membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cameron Highlands berhubung kenyataan dibuat Ketua Pemuda PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi semasa berceramah di Kampung Keledek dekat Jelai malam tadi. 

Lee yang juga Timbalan Ketua Pemuda PH, berkata dalam ceramah itu, anak Presiden PAS Abdul Hadi Awang itu didakwa menuduh DAP mahu menggugurkan Islam daripada kedudukannya sebagai agama rasmi negara. 

“Tohmahan dan fitnah bahawa DAP dan PH hendak membuang institusi istana di negara kita adalah tuduhan yang sangat serius dan saya berpendapat ia telah melanggar Seksyen 499 Kanun Keseksaan. 
“Tujuan saya membuat laporan polis ini adalah supaya perkara berkenaan disiasat secara mendalam mengikut Kanun Keseksaan dan apa saja undang-undang yang bersesuaian kerana ia sengaja mengundang kebencian kepada parti pemerintah khususnya DAP atas dasar dan sifat rasis,” katanya. 

Beliau berkata demikian selepas membuat laporan berkenaan di pekarangan IPD Cameron Highlands, hari ini. Hadir sama Pengerusi PKR Pahang yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh. 

Malaysiakini sebelum ini melaporkan, Muhammad Khalil ketika berucap ceramahnya di Kampung Keledek semalam mendakwa DAP mahu membuang Islam daripada agama rasmi negara ini. Rasa lebih suci Katanya sejak mendapat kuasa parti itu mengganggu pelbagai institusi Islam dan raja. 

Kampung Keledek adalah satu daripada tiga Pusat Daerah Mengundi (PDM) yang dimenangi PAS pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang lalu selain PDM Sungai Koyan Satu dan Kota Raja. Sementara itu, Fuziah berkata, PAS dan Umno tidak sepatutnya menggunakan kenyataan sedemikian demi memancing undi. 

“Sebagai timbalan menteri yang menjaga hal ehwal agama, saya ada hak untuk bercakap mengenai perkara ini. "Pertamanya kita mesti menjaga akhlak kita dan mesti menjaga perkataan kita. 
"Apabila kita nak mengata orang tidak baik, kita kena tunjukkan terlebih dahulu bahawa kita adalah lebih baik. “PH sentiasa menjunjung Perlembagaan Persekutuan dan tidak akan mengubah Perlembagaan Persekutuan... ini adalah janji PH. 
"Jadi mengapa mesti fitnah untuk mendapatkan undi, ini akhlak Melayu Islam yang jijik dan kotor dan harus ditolak pengundi,” katanya. Malah, Fuziah turut mengingatkan PAS dan Umno supaya jangan bercakap mengenai Islam ketika mereka beranggapan lebih suci berbanding orang lain. Katanya, untuk itu, beliau turut menyokong usaha DAP membuat laporan polis bagi menyiasat perkara itu. at 1/20/2019 12:01:00 PG 

2 comments:

Anonymous said...

Malaysian Malaysia dan ICERD yang diperjuangkan oleh puak kafir harbi bertujuan untuk menghapuskan hak agama Islam dan hak umat Islam termasuk hak kaum Melayu.

Puak kafir harbi juga telah menghina agama Islam dan menafikan hak umat Islam jelas membuktikan niat sebenar mereka mahu menindas agama Islam dan umat Islam.

Puak munafik sahaja menyokong kafir harbi yang memusuhi agama Islam dan umat Islam.

Anonymous said...

Orang bodoh sahaja percaya pada janji Pakatan Hancing setelah pakatan memungkiri pelbagai janji dalam manifesto pakatan sendiri.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails