Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, adalah mustahil untuk kerajaan negeri cuba menyekat perkara itu kerana soal perkahwinan merupakan hak peribadi rakyat.
Katanya, jika benar lelaki warga asing tersebut berkahwin kerana mahu tinggal lama di negara ini untuk berniaga, terpulang kepada agensi penguat kuasa sedia ada untuk menguatkuasakan undang-undang dan mengawal perkara itu.
"Mana boleh kita sekat orang mahu kahwin. Kamu (wartawan) pun marah kalau orang halang kamu nak kahwin kan?
DATUK AHMAD YAKOB menyempurnakan pelancaran WiFi Percuma Kelantan di Medan Ilmu Kota Bharu hari ini. - UTUSAN ONLINE
"Bagi saya tidak ada alasan untuk kerajaan negeri mengawal atau menyekat rakyat berkahwin kerana ini hak masing-masing," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Semalam, Jabatan Imigresen mendedahkan, terdapat lelaki Pakistan berkahwin dengan wanita Kelantan hanya kerana mahu tinggal lebih lama di negara ini dan trend itu dikatakan semakin meningkat dengan kira-kira 400 pasangan dikesan di negeri ini.
Mengulas lanjut, Mohd. Amar berkata, kerajaan negeri tidak akan membuat peraturan atau dasar baharu tidak masuk akal yang mengundang kemarahan rakyat seperti mengawal dengan siapa mereka dibenarkan berkahwin.
"Soal ikhlas atau tidak ikhlas berkahwin itu dalam hati, macam mana kita nak tentukan dia ikhlas atau tidak (berkahwin)," katanya. - UTUSAN ONLINE
Komen Weblog Ibnu Hasyim : Kepada pemuda yang tidak mahu berkahwin...
Berkahwinlah, terbuka pintu rezeki mu!
Di dalam Islam, perkahwinan merupakan satu tuntutan. Kata Nabi SAW di dalam hadis,
يَا مَعْشَرَ الشَّبَابِ مَنِ اسْتَطَاعَ مِنْكُمُ الْبَاءَةَ فَلْيَتَزَوَّجْ فَإِنَّهُ أَغَضُّ لِلْبَصَرِ وَأَحْصَنُ لِلْفَرْجِ وَمَنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَعَلَيْهِ بِالصَّوْمِ فَإِنَّهُ لَهُ وِجَاءٌ
Maksudnya: “Wahai sekalian pemuda, barangsiapa di antara kalian yang sudah memiliki kemampuan maka hendaklah dia menikah, kerana hal tersebut lebih menundukkan pandangan dan lebih memelihara kemaluan. Dan barangsiapa yang belum mampu maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa adalah perisai baginya.” (riwayat Al-Bukhari no. 5065 dan Muslim no. 1400)
Maka dari hadis ini kita fahami bahawasanya perkahwinan itu adalah satu tuntutan. Sebab itu apabila datang tiga lelaki bertemu dengan Nabi SAW, seorang dari mereka berkata,aku akan shalat malam dan tidak tidur. Yang lain berkata, aku akan puasa dan tidak berbuka. Yang ketiga berkata, aku tidak akan menikah dengan wanita.
Nabi SAW menegur tindakan ketiga-tiga mereka. Sabda Nabi SAW,
أنا أصوم وأفطر، وأقوم وأنام، وأتزوج النساء، فمن رغب عن سنتي فليس مني
“Aku shalat malam tapi juga tidur, aku puasa tapi juga berbuka, dan aku menikahi wanita. Barangsiapa yang membenci sunnahku maka dia bukan daripada kalanganku.” (riwayat Bukhari dan Muslim)
Ini menunjukkan bahawasanya perkahwinan adalah asas dan tuntutan di dalam Islam. Walaubagaimanapun dalam sejarah Islam wujud juga golongan-golongan yang tidak berkahwin.
Contohnya, ada disusun satu kitab yang menghimpunkan senarai nama ulama-ulama Islam yang tidak berkahwin dan membujang.
Antara yang popular adalah Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah. Beliau adalah ulama popular yang banyak mengarang kitab dan turut berperang, berjihad di jalan Allah SWT, menjadi panglima perang, ditangkap dan dipenjarakan beberapa kali, begitu juga berkhutbah ke sana sini, berdebat dengan golongan yang benci kepada Islam.
Antara punca beliau tidak berkahwin bukan kerana tidak menyukai sunnah Nabi SAW, tetapi ada alasan tertentu di mana beliau sibuk dengan urusan mengurus negara, mengurus rakyat, mengurus ilmunya, berkongsi ilmu dengan masyarakat menyebabkan beliau tidak sempat memikirkan tentang perkahwinan.
Begitu juga Al-Imam An-Nawawi rahimahullah juga tidak berkahwin. Beliau orang yang kurus badannya, sibuk dengan tulisan, sibuk dengan ilmunya. Maka sekiranya ada alasan-alasan yang munasabah, maka tidak menjadi masalah.
Tetapi jika tidak mahu berkahwin kerana merasa susah jika berkahwin, ada kekangan, maka alasan itu tidak diterima sama sekali. Perkahwinan tidak menyusahkan. Sedangkan sabda Nabi SAW,
“Berkahwinlah, sesungguhnya wanita itu akan mendatangkan kekayaan kepadamu dari harta benda.”
Ini pesanan Nabi SAW. Wallaahua’lam.
No comments:
Post a Comment