Wednesday, January 23, 2019

Ketuai GLC, Kronisme, DAP/Bersatu Lawan Gigit..


Isteri setiausaha politik PM ketuai GLC, itu kronisme kritik DAP kepada Bersatu

JOHOR BARU, 22 Jan — Bekas pemimpin DAP Johor menganggap pelantikan pengerusi baru Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) sebagai amalan kronisme. 

Menyindir dengan menyifatkannya sebagai “menakjubkan”, Dr Boo Cheng Hau berbuat demikian terhadap kerajaan Pakatan Harapan (PH) kerana pelantikan itu melibatkan isteri setiausaha politik perdana menteri. 

Beliau mengingatkan pimpinan PH untuk mematuhi janji supaya tiada tokoh politik, sekutu atau saudara mereka dilantik sebagai ketua atau sebahagian daripada syarikat- syarikat berkaitan kerajaan (GLC). 

“Mereka yang telah dilantik perlu melepaskan pelantikan mereka untuk menyokong pembaharuan tulen dan mengelakkan ‘konflik kepentingan’,” katanya di Facebooknya hari ini. 

Dr Boo tanpa menyebut nama, mengulas tuduhan kronisme berkaitan Junaidah Kiting, isteri setiausaha politik perdana menteri, ke jawatan tersebut. 

Semalam, Junaidah menafikan pelantikannya sebagai amalan kronisme berikutan pengurusan tertinggi AIM yang memutuskan perkara itu dan Pejabat Perdana Menteri tidak ada kena mengena dalam hal tersebut.


Komen Weblog Ibnu Hasyim Ketuai jawatan GLC, kronisme. DAP/Bersatu sama-sama lawan gigit..

MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

4 comments:

Anonymous said...

Pas sabotaj JAKIM

Sementelahan pula, apa yang diketahui, sebelum ini Jakim menjadi lubuk Umno dan lubuk Pas sejak berzaman. Kebanyakan pegawai tingginya diangkat melalui kuasa politik Menteri terdahulu, si Jamil Khir. Manakala pegawai bawahan, pegawai sokongan pula ramai terdiri penyokong dan ahli parti agama (Pas), ini termasuk pengerusi dan ahli jawatankuasa masjid di bawah kendali Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi). Kombinasi keadaan ini boleh menganggu urusan pentadbiran Jakim yang kini berslogankan Rahmatan- li- alamin.

Paling menyedihkan ada segelintir pegawai secara terang-terangan tidak memberi kerjasama kepada Dr Mujahid dan kerajaan baru, PH. Bahkan ada yang berani menyindir Mujahid dan meremehkan slogan Rahmatan- li-alamin.

Dalam satu majlis ketika Dr Mujahid berucap dan menyebut perkataan Rahmatan-li-alamin, ada pegawai dilaporkan yang menambah, atau menjampuk di belakang dengan mengatakan, bukan “Rahmatan-li-alamin”, tetapi RAHMATAN LI KAFIRI. Adus........hamPassssssssssssssss!!!!!!!!

Anonymous said...

Mujahid bukan bidang agama pun, hanya lulusan bahasa arab. Bidang agama dengan bahasa arab adalah berbeza. Sebab itu ada orang arab yg tidak islam kerana kepakarannya bukan agama. Jadi konsep rahmatan yg dibawa oleh mujahid amat berbeza dengan kefahaman agamawan. Kerana itu mujahid selesa dengan dap.

Anonymous said...

Alahai la point...ini ja ka yg ada utk dibahas oleh saki baki pakatan hancing?

Anonymous said...

Komen ciptaan red bean army yg anti islam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails