Monday, September 15, 2008

Syeikh Teluk Intan: Blogger, Dah Jadi Penyanyi?

Ibnu Hasyim:
Catatan Santai

KELMARIN seorang pensyarah UM tanya saya, dia terjumpa dalam YouTiub, sebuah lagu bertajuk ‘I.S.A. Yang Zalim’, klip video yang menarik. Hari ini seorang kawan saya mengajak saya pergi melawat ke NFZ Studio, di Kajang Utama. Dia ajak saya berbincang, bagaimana nak memasarkan album sulung lagunya yang bercorak ketuhanan. Lagu, bukan nasyid.. tapi bercorak ketuhanan dan dakwah.

Jodol albumnya, ‘fikirkanlah’ oleh kumpulan GREEN. Bonos Trek Lagu Raya. Harga RM12.90. Terdapat 12 lagu, iaitu Fikirkanlah, Sujud, Kau Cinta Nabi, Tandus, Cahaya Iman, Terimalah Aku Kembali, Pulanglah Ibu, Tersentak, Mentari Hati, Ranjau Kehidupan, Berlalunya Ramadzan dan Di Pagi Raya. Penulis lagu dan lirik adalah NFZ, Dza, Affan Danial, Domay Green, Budi, Muaasim, Iwan dan Jall.

Apa yang menarik, di sana saya bertemu sahabat saya, blogger Syeikh Teluk Intan. Dari seorang pegawai korporat sebelum ini, jadi blogger dan sekarang jadi penyanyi pula. Dengan diam-diam, rupanya lagu ‘I.S.A. Yang Zalim’ di ciptakan dan dinyanyikan oleh beliau. Hebat juga lagunya, boleh didtonton di YouTiub sekarang.

“Aku sekarang dah berumur. Bagaimana aku nak habiskan sisa-sisa hidupku dalam kerja-kerja amal. Nak kerja macam Unit Amal dah tak larat. Maka aku sampaikan kebenaran melalui nyanyian. Aku ingin mendekati anak-anak muda. Aku dipilih jadi penasihat kepada kumpulan GREEN!” Jelasnya.

“Ada ke lagu baru selepas ‘I.S.A. Yang Zalim’?”

“Ya!”. Dia mengajak aku dan rakanku masuk ke studio. Dia ambil gitar, memetiknya dan terus menyanyi. Ku dengar rentak lagunya amat sesuai dengan sindirin yang cukup tajam. Gaya bahasanya yang teratur dan indah. Terpegun dan lucu juga kami mendengarnya.. Dan bersorak tanpa sedar di akhir penutup lagunya.

“Apa jodol lagu ni??”

“Tidurlah Bang Dolah.. Ku ciptakan lagu ini, khusus untuk PM!”

Rasa tak sabar lagi nak dengar lagunya di YouTiub. Insya Allah.



Mengenai album NFZ keluaran pertama ini, bagi sesiapa yang berminat untuk mendengar dan mengedar lagu-lagu ini termasuk peniaga-peniaga, sila hubungi:

NFZ Studio’
No 15-2A, Jalan 3/11,
Taman Kajang Utama,
43000, Kajang, Selangor Darul Ehsan.
Tel: 03-87330862 atau

016 2099325

Jika ada mana-mana ustaz, atau penceramah yang ingin menggunakan studio ini untuk rakaman ceramah dalam vcd atau klip video, boleh hubungi alamat di atas. Pada saya pula, jika ada mana-mana ilmuan di bidang tafsir Al-Quran yang ingin mengadakan kuliah tafsir Al-Quran secara bersiri dalam studio, atau dengan penggambaran tambahannya di luar studio, silakan kita berunding untuk menjayakannya. Kalau perlu dengan menubuhkan sebuah badan khas untuk mengendalikannya. Anggaplah ini sebagai suatu amalan sedeqah jariah, bukan senang untuk habiskan tafsir Qur’an 30 juz, dan memaparkan ke tengah masyarakat…

Sekian catatan santai untuk kali ini, wallahu ‘aklam.

Catatan santai: ibnuhasyim.com
(e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com)
September15, 08. KL.

1 comment:

Anonymous said...

Saya minat lagu ini. Baleh dapatkan sarikatanaya?

aKUaNAKpULAU

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails