Friday, November 03, 2017

G/Eng Biayai Penentang Y/Dipertuan Agong Dalam K/Negeri?


AIDCNews -02/11/17-Desas desus Wan Ji Wan Hussin bakal dilantik sebagai Ahli Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAIPP) mengesahkan Ketua Menteri Lim Guan Eng membiayai seorang penentang Yang Dipertuan Agong (YDPA) dalam kerajaan negeri.
Nama Wan Ji merupakan salah seorang yang bakal dilantik sebagai Ahli Majlis MAIPP, selepas rombakan semula majlis itu yang bakal diterajui oleh Datuk Saifuddin Nasution sebagai bakal Yang Dipertua (YDP) dan Datuk Dr Mujahid Yusoff Rawa sebagai Timbalan YDP yang baharu.
Sebelum ini, Guan Eng melantik Wan Ji sebagai pegawai penerangan Ketua Menteri Pulau Pinang dan jawatan itu dikekalkan meskipun anak muda itu pernah ditahan polis di bawah Akta Hasutan 1948 di atas tuduhan mahu menghapuskan kesultanan Melayu untuk diganti dengan Negara Republik.


ita-cita Wan Ji yang mahu menghapuskan kesultanan Melayu hampir sama dengan pertuduhan ke atas Kumpulan militan Al-Ma’unah yang didakwa “melancarkan peperangan terhadap Yang Dipertuan Agong (YDPA)” yang diketuai Mohamed Amin bin Mohamed Razali.
Pada 28 Dis 2001, Mohd. Amin bersama dua pengikutnya, Zahit Muslim dan Jamaludin Darus dihukum mati oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur setelah didapati bersalah atas tuduhan melancarkan peperangan terhadap YDPA.
Hakim Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin dalam penghakimannya menegaskan bahawa mahkamah menjatuhkan hukuman mati terhadap Mohd. Amin kerana dia adalah ketua kumpulan Al-Ma’unah yang menjadi perancang utama misi menggulingkan kerajaan secara kekerasan atas nama jihad.
Ketika itu, Mohd. Amin diwakili oleh peguam Karpal Singh yang merupakan Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan.

giant-hypermarket

5 Pasaraya Giant Akan Ditutup Serentak 5 November Ini..
Ini Solosi pekerjanya!
Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat. Begitu juga mengenai kerja petik buah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails