Thursday, November 02, 2017

8 Bahagian PPBM Lapor ROS, Takde AGM Lepas Setahun


PARTI Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Johor, rupanya tiada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM). Hal ini terbongkar selepas lapan bahagian membuat laporan kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) semalam.

Ia berhubung kegagalan kepimpinan tertingginya sendiri mematuhi perlembagaan parti termasuk tiada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) semua peringkat cawangan dan bahagian PPBM selepas setahun ia berjaya ditubuhkan.
Lapan bahagian terbabit termasuk Bakri, Kluang, Semberong, Ayer Hitam, Simpang Renggam, Ledang, Batu Pahat dan Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Semberong menyerahkan laporan itu kepada wakil ROS di Putrajaya.
Mantan Penyelaras PBPM Bahagian Kluang, Arjuna Putra Ali, berkata beberapa laporan sudah dibuat kepada ROS, antaranya isu kegagalan semua peringkat cawangan dan bahagian PPBM mengadakan AGM selepas lebih setahun.
“Sehingga kini tiada notis dikeluarkan kepimpinan tertinggi PPBM mengarahkan AGM, sekali gus timbul keraguan dalam kalangan ahli mengenai status sebenar parti termasuk ahli jawatankuasa yang memegang jawatan parti.
“Kami mahu kepimpinan tertinggi buat AGM peringkat cawangan di seluruh negara dan jika gagal, kami anggap parti ini tidak sah di sisi undang-undang,” katanya pada sidang media selepas menyerahkan laporan kepada ROS.
Turut hadir ialah Setiausaha PPBM Bahagian Semberong, Nazaruddin Md Zen; Ketua Penerangan PPBM Bahagian Kluang, Datuk Fadel Alwi dan Mantan Ketua PPBM Bahagian Simpang Renggam, Azmi Arshad.
Pada 9 September 2016, PPBM diberi sijil kelulusan pendaftaran daripada ROS yang diterima Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.
Mengikut perlembagaan parti itu, selaras dengan Akta Pertubuhan 1967 dan Peraturan Pertubuhan 1984, satu AGM peringkat cawangan dan bahagian wajib diadakan selepas setahun PPBM ditubuhkan secara rasmi.
Selain itu, kata Arjuna Putra, PPBM juga gagal mewartakan penyata kewangan termasuk jumlah dana yang diterima hasil sumbangan Pakatan Harapan khususnya DAP, bagi menaja pelbagai program parti di peringkat cawangan.
Beliau yang memegang jawatan Ketua Penerangan PPBM Bahagian Kluang, berharap parti itu dedah jumlah sebenar ahli dan kutipan yuran keahlian termasuk dibelanjakan kerana tiada sebarang akaun yang diaudit dikemukakan.
“Jika masalah ini masih tidak ditangani, kami tidak teragak-agak gerak semua cawangan di seluruh negara untuk bangkit bersama buat laporan kepada ROS berhubung kepincangan PPBM,” katanya. (IH)


giant-hypermarket5 Pasaraya Giant 
Akan Ditutup Serentak 5 November Ini..
Ini Solosi pekerjanya!
Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat. Begitu juga mengenai kerja petik buah.


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails