Tuesday, October 31, 2017

Clare! Buktikan Tuduhan, Bukan Buat Tuduhan Baru -P/PAS



PETALING JAYA: Pemuda PAS menempelak tuntutan balas editor Clare Rewcastle Brown, yang mendakwa presiden mereka, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkomplot dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak atau ejen beliau untuk mengeksploitasi satu kes mahkamah di London.

Naib Ketua Pemuda PAS Ahmad Fadli Shaari berkata editor Sarawak Report itu sepatutnya mendapatkan bukti kononnya pemimpin PAS menerima RM90 juta daripada membuat dakwaan baru yang tidak sahih.

“Lebih baik mereka berusaha dapatkan bukti atas tuduhan mereka terhadap PAS yang dikatakan menerima RM90 juta sebelum daripada ini, daripada membuat dakwaan baru yang sudah tentu memerlukan kepada bukti pula,” katanya.

Ahmad berkata tuduhan terbaharu itu menunjukkan Sarawak Report semakin hilang kredibiliti sebagai sebuah portal berita.

“Sekiranya mereka tewas di dalam kes saman ini mereka sama sekali tidak akan dipercayai lagi selepas daripada ini. Ini termasuklah juga juak-juak mereka di Malaysia yang gemar bersandar kepada laman web ini untuk melakukan apa-apa tuduhan,” katanya.


Dalam laporan FMT hari ini, Clare mendakwa Hadi berkomplot dengan Najib atau ejen beliau untuk mengeksploitasi prosiding mahkamah di London dalam usaha propaganda mereka untuk melepaskan perdana menteri daripada tuduhan.

Clare dalam tuntutan balas menjawab saman Hadi berkata mereka mahu mencemar nama baik beliau dan portal Sarawak Report yang berkempen untuk menyingkir dan membawa Najib ke mahkamah untuk menjawab dakwaan rasuah dan kelakuan jenayah.

Dalam kertas mahkamah yang dilihat FMT, Clare berkata Hadi, sama ada secara sendiri atau ejen beliau, terbabit dengan penerbitan beberapa siri artikel, yang mempunyai unsur perkauman, memfitnah dan mengganggu beliau di laman sesawang Third Force dan Malaysia Today.

Claire juga menyenaraikan sekurang-kurangnya 10 pegawai PAS dari kumpulan ulama yang didakwa menerima wang yang disumberkan daripada 1MDB.
Hadi memfailkan saman di Mahkamah Tinggi London susulan artikel yang ditulis pada 6 Ogos tahun lepas.

Sarawak Report menaikkan artikel 8 perenggan yang mendakwa RM90 juta “dikatakan” memasuki akaun pimpinan tinggi PAS bagi memikat mereka menyokong Umno dan BN.

Clare dalam pembelaannya terhadap saman Hadi itu berkata Hadi tidak dinamakan atau dikenalpasti dalam mana-mana kenyataan dalam artikel berkenaan.

Clare berkata Hadi memfailkan dakwaan itu bukan untuk mempertahankan imejnya tetapi untuk tujuan salah iaitu melindungi nama baik dan meneruskan tujuan politik PAS dan sekutunya, Najib. (TKO)


IKLAN:
giant-hypermarket5 Pasaraya Giant 
Akan Ditutup Serentak 5 November Ini..
Ini Solosi pekerjanya!
Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat. Begitu juga mengenai kerja petik buah.

3 comments:

Cik Minah said...

Tak perlu bertempik soraklah.
Masing-masing sediakan BUKTI di atas tuduhan yang dibuat.
Clare Brown kena ada bukti menunjukkan tuduhannya semua betul.
Mahkamah takkan terima takat taraf tuduhan kosong.
Dan, aku tak fikir Clare Brown ni bodoh, nak tuduh-tuduh kosong
tanpa sebarang bukti sahih. Mesti dia ada transkripsi bank dan
aliran wang yang bergerak antara bank - akau Najib ke akaun Hadi.
Kalau bukti ni takda, habislah Clare Brown.
Ambiga yang jadi sumber Clare Brownkan loyer.
Bodohlah kalau mereka buat tuduhan PELESU.
Jadi, penyokong-penyokong PAS tak perlu bertempik, FITNAH!!!!!
Tunggu je bukti-bukti yang akan ditunjukkan oleh Clare Brown
kepada mahkamah nanti.

Anonymous said...

T.kasih cik minah.

Cik Minah kata

'Jadi, penyokong-penyokong PAS tak perlu bertempik, FITNAH!!!!!
Tunggu je bukti-bukti yang akan ditunjukkan oleh Clare Brown
kepada mahkamah nanti.'

1. Waktu PAS dituduh makan duit, dipaksa nafikan apa yang dia tak buat' dan nampak sekarang bunga-bunga kebenaran berada di pihak PAS, barulah keluar suara sumbang, "penyokong-penyokong PAS tak perlu bertempik, FITNAH! Tunggu je bukti-bukti. "

Kenapa sekarang baru cakap wahai cik Minah?? He he he.

2. Tunggu bukti dan keputusan mahkamah baru bercakap, mengapa masih ada yang bercakap 'penyelewengan 1MDB oleh Najib', sedangkan ianya masih belum dibuktikan oleh mahkamah?

3. Jangan-jangan Cik Minah ini UMNO tak?



zaharuddin Ahmad said...

90juta .tu.u..
Hanyalah umpan.. yang mengenai sasaran .....
supaya dapat dibongkar scandal..yang lebih besar..
bukan hanya UMNO ada..scandal..1MDB/felda/epf/th..dll..
PAS pun..ada scandal juga.. (tapi serban..membutai ramai..)
penerapan..terhadap 'scandal pas' ini..akan memberi satu tamparan "free".....yang cukup "berdesin.ng.g"....
kepada penyokong..dan umat islam seluruh negara...
dan bolih mengakibatkan kurang minat terhadap ajaran agama
dan akidah...secara amnya..ulamak/pemakai serban/.pendakwah ..dan sebagainya..akan menjadi bahan ketawa...
Kamu luangkan..ISLAM.M...tapi kamu tidak mempertahankanya..
..kamu gunakan islam..untuk..kegilaan DUIT..
"KAMU ..CAMPUR-ADUKAN..POLITIK DENGAN ISLAM"
(kamu lah pengkhianat bangsa, agama dan negara...
kami akan sentiasa berDoa agar..kamu dilaknati allah...
sampai bila bila.....)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails