Thursday, November 02, 2017

Saifuddin Nasution Ganti Salleh Man YDP MAIPP?





Penasihat stategik Ketua Menteri Pulau Pinang, Dato’ Saifuddin Nasution Ismail dijangkakan bakal dilantik sebagai Yang Dipertua baharu Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAIPP) bagi menggantikan Datuk Salleh Man, ADUN PAS Permatang Pasir, lapor Malaysiakini yang mendapat sumber daripada kerajaan negeri.


“Menurut sumber lagi, lantikan itu kini bagaimanapun masih menunggu perkenan Yang di-Pertuan Agong.

“Saifuddin kini berkhidmat sebagai penasihat stategik Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.
“Ketika Salleh mengangkat sumpah jawatan itu, PAS masih bersama DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat.
“Salleh juga dilihat sebagai wakil tunggal PAS dalam kerajaan negeri yang masih bertahan sehingga ke hari ini walaupun kedua-dua parti itu telah pun menjadi seteru,”lapor portal itu.

Salleh ketika dihubungi berkata beliau setakat ini tidak menerima apa-apa maklumat berhubung perkara itu. 


Namun, katanya lagi, tempoh jawatannya di MAIPP akan tamat hujung tahun ini dan mengakui sudah memegang jawatan itu untuk satu tempoh yang lama.



“Sama ada kontrak saya disambung atau tidak, terpulang kepada kerajaan negeri,” katanya. (TKO)


IKLAN:

giant-hypermarket

5 Pasaraya Giant Akan Ditutup Serentak 5 November Ini..

Ini Solosi pekerjanya!
Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat. Begitu juga mengenai kerja petik buah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails