Sunday, October 29, 2017

Pemikiran Seorang Ahli Gusti Wanita Pertama India.


VIDEO Kavita bergusti dengan memakai salwaar kameez menjadi tular di media sosial.
SUKAN


“BAGI saya, status sebagai wanita tidak seharusnya menghalang saya untuk menjadi sesiapa pun yang saya inginkan.
“Semasa berada di dalam gelanggang gusti, saya lupa saya merupakan seorang wanita, seorang ibu dan juga seorang isteri. Fokus saya hanyalah terhadap perlawanan,” tutur ahli gusti wanita pertama India itu dengan nada tegas.
Minggu lalu, Kavita Devi, 34, melakar sejarah apabila telah dinobatkan sebagai ahli gusti wanita pertama dari India yang diiktiraf oleh syarikat gusti terbesar dan paling berpengaruh di dunia, World Wrestling Entertainment (WWE).
Hasil carian imej untuk Kavita Devi,
Imej yang berkaitan
Imej yang berkaitan
Ia seterusnya melayakkan wanita berambut panjang itu bersaing di peringkat dunia. Berasal daripada Haryana, India Kavita yang memiliki ketinggian 176 sentimeter itu mengakui berasa cukup gembira atas pencapaian tersebut.
“Saya kini boleh berlatih dan berpeluang cerah untuk bergelar WWE Superstar.
“Tahun lalu, saya bertanding dalam pertandingan Mae Young Classic anjuran WWE dan ia merupakan satu pengalaman yang cukup berharga,” ujarnya.
Kavita dibesarkan dalam sebuah keluarga sederhana di Haryana. Dia juga merupakan seorang pegawai polis dan mula menunjukkan minat terhadap sukan gusti sejak remaja.
“Begitu pun, selepas saya mendirikan rumah tangga dan melahirkan anak, ahli keluarga melarang saya untuk menceburkan diri dalam bidang sukan, terutamanya sukan gusti.
“Oleh itu, saya memilih kerjaya sebagai seorang pegawai polis,” ujar Kavita.
Begitu pun, minat yang mendalam mendorong Kavita untuk memujuk keluarganya supaya memberikan kebenaran untuknya kembali bergusti.
“Sebagai bukti kesungguhan, saya menghadiahkan ahli keluarga dengan pingat emas dalam acara gusti Sukan Asia Selatan 2016,” ujar Kavita.
Begitulah, pemikiran seorang ahli gusti wanita, pertama di India. Bolehkah pemikiran begini wujud dalam pemikiran rakyat Malaysia terutama dikalangan wanita yang beragama Islam? (IH)
IKLAN:

Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails