Tuesday, February 16, 2010

Hari Valentine 52 Ditahan, Kerajaan BN Bertanggungjawab?

Utusan Melayu melaporkan: 52 orang Islam ditahan sempena Hari Valentine

KUALA LUMPUR 15 Feb. – “Jangan ambil gambar, nanti isteri tahu, saya datang sini kerana dia (teman wanita) mahu beri hadiah Hari Valentine.”

Begitulah reaksi seorang lelaki berusia 30-an ketika gambarnya bersama kekasihnya dirakam pihak media dalam satu operasi malam semalam.

Lelaki itu dicekup bersama pasangannya kerana berdua-duaan di tempat sunyi di Tasik Titiwangsa, dalam satu operasi cegah maksiat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) yang bermula pukul 10 malam.

Operasi selama lima jam itu berjaya menahan 52 orang Islam kerana melakukan kesalahan mengikut Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama Wilayah Persekutuan, Zainul Abidin Mat Nor berkata, operasi turut dijalankan di lapan buah hotel bajet di sekitar ibu negara.

Katanya, daripada jumlah itu, lapan individu ditahan mengikut Seksyen 27 kerana berkhalwat, manakala 44 lagi individu ditahan mengikut Seksyen 29 kerana berkelakuan tidak sopan di tempat awam.

“Kesemua yang ditahan sudah bekerja dan masih belajar, berusia antara 16 dan 30 tahun.

“Sementara itu, di Wilayah Persekutuan Labuan, empat individu ditahan kerana minum arak dan dua pasangan remaja dicekup kerana berkhalwat,” katanya di pejabat Jawi di sini semalam.

Operasi itu melibatkan 50 anggota penguatkuasa Jawi dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Utusan Malaysia yang turut menyertai operasi terbabit mengesan pelbagai gelagat dan alasan diberi oleh pasangan-pasangan terbabit ketika ditahan pihak penguat kuasa.

Kebanyakan mereka memberi alasan dalam perancangan berkahwin, terpaksa menginap di hotel selepas penat bersiar-siar dan tidak sempat membeli tiket bas pulang ke kampung halaman.

Malah, ada juga gadis berusia 16 tahun yang ditahan bersama abang angkat serta seorang lagi lelaki lain di dalam sebuah bilik sama.

Gadis itu mendakwa lari dari rumah dan mendapatkan perlindungan daripada abang angkatnya kerana malu gambar bogelnya disebar oleh bekas teman lelakinya sebelum ini.

Turut ditahan ialah seorang wanita berusia 24 tahun yang hanya memakai coli dan seluar dalam di sebuah bilik hotel.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Berdasarkan sejarah seorang Khalifah Islam zaman lampau sewaktu dilantik menjadi pemimpin, '... seketul daging kambing yang jatuh ke dalam sungai pun, aku sebagai Khalifah bertanggungjawab mengetahui atau mennganinya...' maka kerajaan BN juga bertanggungjawan ke atas semuanya ini.

Umat Islam wajib tukar pemerintah dari parti perkauaman asobiah kepada parti Islam. (AK)

Sila lihat sebelum ini...


3 comments:

Anonymous said...

Kenapa tidak ada operasi dinegeri yang diperintah oleh pakatan rakyat. Ronnie Liu tak bagi ke??..

mr edz said...

ini semua kerana Islam sudah jauh dari hati manusia

saudara rantau said...

52 ditahan setelah 52 tahun negara merdeka.. inilah hasilnya

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails