Saturday, November 26, 2011

3 Tempat Menarik, Pesta Kuih Bulan Di China.

Kota Purba Fenghuang

PESTA Kuih Bulan jatuh pada 12 September setiap tahun. Pesta ini merupakan pesta tradisional China. Pada hari itu, ahli keluarga berkumpul dan makan malam bersama-sama. Antara acara yang penting pada hari itu ialah meninjau bulan purnama pada malam itu.

Berikut ialah tiga tempat di negara China yang dianggap pilihan yang bijak untuk meraikan Pesta Kuih Bulan dan menyaksikan bulan purnama seperti yang dihebahkan oleh CRI.

Satu: Kota Purba Fenghuag

Laksamana Muhammad Cheng Ho

Fenghuang yang terletak di barat Provinsi Hunan, bahagian tengah China merupakan sebuah kota purba yang amat diminati para pelancong dan jurugambar, kerana pemandangan alamnya yang indah dan budayanya yang istimewa. Provinsi tempat kelahiran Laksamana Muhammad Cheng Ho, pendakwah Cina Islam ke Asia Tenggara.

Kota purba ini dipilih sebagai salah sebuah daripada "sepuluh tempat yang mesti dikunjungi pelancong asing di negara China". Fenghuang merupakan petempatan kaum Miao. Mereka tinggal di dalam kota purba atau di kampung-kampung di kawasan gunung di luar kota itu. Pada malam Pesta Kuih Bulan, para pelancong akan dijemput "lompat bulan" bersama-sama muda-mudi kaum Miao.

Pemuda-pemudi "lompat bulan" secara beramai-ramai.

Kononnya, ada seorang gadis kaum Miao yang bernama Shuiqing. Gadis yang amat jelita itu menolak pinangan 99 orang lelaki dari seluruh negara kerana hatinya sudah terikat dengan seorang pemuda yang bernama "Bulan". Lelaki itu berjaya mengatasi banyak kesusahan dan mengharungi waktu yang sulit, akhirnya berkahwin dengan Shuiqing.

Untuk memperingati 'cinta murni' mereka, orang kaum Miao menari beramai-ramai pada malam Pesta Kuih Bulan dalam cahaya bulan. Ini juga disebut "Lompat Bulan".

Selepas "lompat bulan", anda boleh bersama-sama kekasih bersiar-siar di tepi Sungai Tuo dalam kota purba' itu. , Atau memasang lampu pada permukaan sungai itu. Duduk di tepi sungai dan meninjau bulan sambil mencari idea.

Tidak ada maklumat menyebutkan orang Islam ada menyertainya...

Kedua: Pekan Huangyao

Pekan kuno Huangyao terletak di Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi, barat daya China. Pekan kuno ini digelar sebagai "kampung impian" kerana adat tradisi yang lama masih diwarisi sehingga sekarang, serta banyak peninggalan sejarah yang terpelihara dengan baik.

Pekan kuno Huangyao dibina di kawasan kars, maka terdapat sejumlah besar gua batu kapur dalam pekan ini. Jalan-jalan di dalam pekan ini dibina dengan menggunakan batu marmar. Penggabungan bangunan dan susunan yang rapi dalam pekan kuno dengan persekitaran alam yang indah permai, menjadikan Huangyao seolah-olah kanvas lukisan yang cantik.

Wenmingge ialah sebuah kuil, tempat penduduk Huangyao memuja dewa. Kuil ini terletak di lereng bukit di luar pekan. Di depan kuil itu ialah padang rumput yang luas. Pada hari-hari biasa, padang rumput itu merupakan tempat perhimpunan penduduk Huangyao atau menyalakan mercun pada waktu malam. Pada malam Pesta Kuih Bulan pula, padang rumput itu menjadi tempat yang paling baik untuk menyaksikan bulan purnama.

Bagi pelancong yang bosan dengan kesibukan dan lampu neon di bandar besar, datanglah ke pekan kuno ini untuk menghayati budaya yang istimewa di samping menikmati alam sekitar yang indah.

Ketiga: Provinsi Guizhou

Air terjun Huangguoshu
Provinsi Guizhou merupakan tempat kediaman kaum-kaum minoriti seperti Zhuang, Buyi, Dong dan lain-lain. Meraikan Pesta Kuih Bulan bersama-sama mereka merupakan idea yang bijak bagi mereka yang berminat pada budaya kaum minoriti di negara China.

Pesta Kuih Bulan juga dipanggil Pesta Memuja Bulan oleh kaum Buyi. Pada hari itu, tiap-tiap keluarga memasak nasi pulut. Mereka menyembah nenek moyang, kemudian makan bersama keluarga. Acara yang mesti dilaksanakan ialah memuja bulan.

Air terjun Huangguoshu yang terletak di provinsi Guizhou, merupakan kumpulan air terjun yang paling besar di dunia. Air terjun yang kelihatan megah itu juga dikenali sebagai tempat yang baik untuk merayakan Pesta Kuih Bulan. (IH/Sumber CRI)

Artikal 'kueh bulan' sebelum ini...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails