Wednesday, November 23, 2011

Politik Haji & Hijrah

Oleh Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
PARA Jjamaah haji yang baru pulang, masih tersemat dalam ingatan mereka laungan talbiyah yang berkumandang di tanah suci, bermaksud: ”Ya Tuhanku!, ya Tuhanku!, tiada sekutu bagimu, sesungguhnya segala pujian, nikmat dan kerajaan menjadi milikmu“.

Diajar oleh Rasulullah S.A.W kepada sesiapa yang memakai pakaian ihram untuk haji dan umrah, menggantikan ucapan syirik oleh kaum jahiliyyah yang menunaikan haji sebelum menganut Islam.

Lafaz bagi menyahut seruan nabi Ibrahim A.S, sebutan bahasa al-Quran Ibrahim atau Abraham mengikut sebutan penganut agama lain. Ibrahim diberi penghormatan kerana perjuangannya mengajak maharaja Namrud dan rakyat kepada ajaran yang benar daripada Allah iaitu Islam sehinggalah beliau dihalau. Perjuangan ini di sambung oleh para Rasul di kalangan Bani Israil dan Rasul akhir zaman Muhammad S.A.W. Menunjukkan bahawa perjuangan Islam yang sempurna tidak memisahkan politik daripada agama.

Sabda Rasulullah S.A.W: “Pemimpin politik Bani Israil ialah para Anbiya.” (Riwayat al-Bukhari). Menunjukkan juga bahawa amalan syirik bukan sahaja berlaku dalam perkara ibadat, bahkan berlaku dalam cara hidup yang melibatkan amalan politik.

Musim haji menjadi salah satu medan perjuangan Rasulullah S.A.W untuk berdakwah. Setelah para pemimpin musyrikin Makkah menolak Islam dan tawaran menegakkan negara yang adil untuk semua dan Rasulullah S.A.W juga menolak tawaran mereka untuk melantiknya menjadi raja atau pemimpin serta tawaran harta kekayaan yang melimpah ruah.

Diikuti dengan penentangan secara kekerasan terhadap Rasulullah S.A.W dan orang-orang yang mengikutnya di Makkah. Para sahabat yang beriman diperintah bersabar menghadapi kezaliman, walaupun ada yang mati dibunuh.

Akhirnya Rasulullah S.A.W berkempen kepada pemimpin kabilah Arab yang berpengaruh supaya menerima Islam dan mengizinkan Islam ditegakkan dalam masyarakat dan negara. Allah berjanji bahawa kemenangan pada akhirnya kepada Islam.

Firman Allah, maksudnya: Dan Kami hendak memberi kurnia kepada orang-orang yang tertindas di bumi itu dan hendak menjadikan mereka para pemimpin dan menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (memerintah bumi). (al-Qasas: 5)

Kedatangan pemimpin kabilah Arab di musim haji dijadikan kesempatan mengajak mereka kepada Islam dan tawaran kemenangan daripada Allah. Rasulullah S.A.W ditemani oleh sahabatnya yang setia, Abu Bakar R.A memulakan pertemuan dengan pemimpin Bani ‘Amir yang ramai pengikut. Rasulullah S.A.W mengajak mereka kepada Islam dan menerima supaya negeri mereka menjadi tempat berlindung bagi menegakkan Islam dan Allah menjanjikan kemenangan.

Apabila mereka mendengar janji kemenangan daripada Allah, mereka bertanya: ”Apakah janji habuan harta dan kedudukan yang hendak diberi kepada kami apabila kemenangan dicapai, adakah kami akan menjadi ketua selepas kamu?“.

Rasulullah S.A.W menjawab: “Akan diberi kepada kamu mengikut kehendak Allah, kerana Allah yang memiliki kerajaan, diberi kepada sesiapa yang dikehendakiNya“.

Pemimpin Bani ‘Amir berkata “Kalau itulah jawapannya, maka kami tidak bersedia, kerana janji begini hanya menempah kesusahan sahaja“.

Rasulullah S.A.W meninggalkan khemah Bani ‘Amir dengan rasa sedih, kemudian mengunjungi khemah pemimpin Bani Syaiban. Apabila mengajak kepada Islam dan tawaran janji kemenangan daripada Allah, pemimpin Bani Syaiban bertanya: “Terangkan kepada kami, apa dia Islam?“.

Apabila Rasulullah S.A.W menerangkan makna Islam dan membaca beberapa ayat-ayat al-Quran, pemimpin Bani Syaiban berkata: ”Ini bukan ucapan penduduk bumi, apa yang dinyatakan ini benar, tetapi cabarannya besar kerana ditentang oleh musuh dari seluruh pelosok dunia. Kalau berdepan dengan kabilah-kabilah Arab kami bersedia, tetapi menghadapi Parsi (kuasa besar dunia) yang bersempadan dengan kami sangat berat, kami tidak mampu“.

Seterusnya mereka berjanji untuk berfikir dahulu. Rasulullah S.A.W memberitahu bahawa untuk bersama dengan Islam sekarang mestilah bersedia menghadapi cabaran daripada segenap penjuru dan mempersilakan mereka datang apabila mendengar kemenangan Islam.

Akhirnya Rasulullah S.A.W menemui rombongan kabilah Aus dan Khazraj, penduduk Yathrib (nama asal Madinah) yang bermasyarakat majmuk dengan kaum Yahudi (Ahli Kitab) yang menceritakan berita kelahiran nabi akhir zaman yang di nanti-nanti. Apabila pemimpin Aus dan Khazraj ditemui oleh Rasulullah S.A.W, mereka terus menganut Islam dan mengadakan Bai’ah (perjanjian setia) menyerahkan diri, harta dan tanah air mereka menjadi tempat hijrah. Maka berlakulah peristiwa hijrah yang terkenal.

Ketika bersedia untuk berhijrah Rasulullah S.A.W meminta menantunya Ali bin Abi Talib R.A menyerahkan barang-barang simpanan yang diamanahkan kepadanya oleh kalangan penduduk Makkah, (ahli sejarah ekonomi Islam menyatakan bahawa inilah muamalah Bank yang pertama dalam sejarah manusia). Rasulullah S.A.W selamat keluar daripada Makkah dengan menembusi kepungan musuh yang lengkap bersenjata untuk membunuhnya dengan pertolongan Allah secara mukjizat (luar biasa).

Dalam perjalanan hijrah itu Rasulullah S.A.W menggunakan pemandu, seorang bukan Islam yang tidak bermusuh dengannya bagi melalui jalan pintas yang tidak diketahui umum. Peristiwa ini menunjukkan ada kerjasama dengan bukan Islam yang bencikan kezaliman. Setelah berlakunya hijrah dengan sepenuhnya maka Rasulullah S.A.W telah mempersaudarakan kalangan penganut Islam yang berhijrah, mereka yang dikenali dengan Muhajirin dengan penduduk tempatan yang menganut Islam yang dikenali dengan Ansor.

Seterusnya menerima kehadiran masyarakat majmuk bersama kalangan bukan Islam daripada kaum Yahudi, kaum Arab musyrikin dan diikuti oleh penganut kristian yang tinggal di Najran. Satu perjanjian dimaterai, dikenali dengan Sahifah Madinah (Piagam Madinah). Yathrib ditukar nama kepada Madinah (Bandar).

Projek pertama ialah mendirikan sebuah masjid, tempat berhimpun untuk beribadat, mendengar khutbah sekurang-kurangnya sekali seminggu, majlis ilmu, pusat arahan pentadbiran, mahkamah dan menerima rombongan daripada luar, termasuk daripada kalangan bukan Islam.

Projek kedua ialah pasar Madinah yang menjadi pusat perdagangan bagi seluruh rakyat semua kaum. Maka lahirlah sebuah negara dan masyarakat madani, mengambil sempena perkataan Madinah yang bererti bandar atau perkataan Tamadun yang bermaksud keadaan masyarakat manusia yang berkembang kemajuan pemikiran dan kebendaan melalui ilmu, politik, ekonomi dan Islam pula menambahnya dengan akhlak yang berteraskan iman.

Islam telah memperkasakan manusia dengan iman dan ilmu, bukan sahaja menerima manusia yang menganut Islam tanpa paksaan, dalam masa yang sama menerima ilmu akal dan pengalaman daripada pelbagai kaum dengan membawa konsep tiada pemisahan di antara perkara dunia dan akhirat, kerana dunia adalah tempat manusia beramal untuk akhirat, samada beribadat atau memakmurkan dunia berpandukan syariat Allah.

Haji dan Hijrah mencipta titik tolaknya amalan mengislamkan manusia dan negara yang menjadi mesej Rasulullah S.A.W, nabi akhir zaman yang menjadi Rasul ketika manusia seluruh dunia ditemukan dengan kemajuan perhubungan dan maklumat yang menemukan manusia seluruhnya dengan berbagai alat ciptaan yang canggih dengan meletakkan batas baik dan buruk, manfaat dan mudarat, adil dan zalim .

Firman Allah, maksudnya: Sesungguhnya..

  • Allah menyuruh kamu menunaikan amanah kepada yang berhak menerimanya,
  • dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil.

Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.(Al Nisa’: 58)

Di antara amanah yang paling besar dalam ajaran Islam ialah memilih pemimpin, sehingga para sahabat R.A bermesyuarat ketika wafatnya Rasulullah S.A.W dan menjadikannya lebih penting daripada menghadiri upacara mengkebumikan jasad Rasulullah S.A.W. Sebahagian besar para sahabat menghadiri mesyuarat dan hanya sedikit sahaja yang berada di tempat pengebumiannya.

Imam al-Ghazali menegaskan: ”Agama Islam adalah asas, pemerintahan (politik) adalah pengawas, tanpa asas menjadi runtuh dan tanpa pengawas menjadi sia-sia. Umat Islam menjadi lemah kerana lemah pegangan agamanya dan hukum Islam banyak yang menjadi sia-sia kerana politik dipisahkan daripada agama Islam atau Islam menjadi slogan tanpa kuasa politik yang beramal dengan seluruh syariatnya.

Di zaman kelemahan umat Islam pula, sehingga tanah air dijajah, umat Islam dipecah dan diperintah, para ulama yang berkumpul di Makkah mengambil kesempatan musim haji mengajak jamaah haji yang datang daripada seluruh pelosok dunia supaya menentang penjajah di negeri masing-masing dan mendidik anak-anak mereka dengan ilmu Islam yang sempurna supaya Islam ditegakkan semula bagi meneruskan perjuangan Rasulullah S.A.W.

Beginilah hubungan haji dengan urusan umat, sehingga seorang pemikir orentalis menegaskan bahawa Islam tidak boleh dihapuskan selagi masih ada al-Quran dan Makkah. (IH/Hrkh)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini..
E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...

8 comments:

Anonymous said...

PAS 'berhijrah' dari Negara Islam dan Perundangan Hudud kepada Negara Kebajikan ala Malaysian Malaysia DAP. Parti Anjing Suruhan (PAS) mana berani lawan sama itu taiko DAPig si babi tunggal, nanti kena sondol sama itu taiko babi tunggal, terus serban melayang ke longkang.

'syabas dan tahniah' atas 'sumbangan dan usaha keras' PAS untuk merosakkan pemikiran bangsa demi mendewakan DAPig si babi tunggal. Tuduh UMNO keluarkan lesen arak, tapi di Shah Alam bila Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) nak kuatkuasa larangan jualan arak dan judi di kawasan pentadbirannya, bukan main nyaring salakan dari Parti Anjing Suruhan hingga tok guru pun tukang salak sama, kononnya tak payah larang, itu untuk bukan Islam, apahal selama ini UMNO jual arak untuk orang Islamkah hingga UMNO dituduh dengan tuduhan keji? UMNO tidak pernah keluarkan lesen arak, yang keluarkan lesen arak adalah PBT, bukannya UMNO, tapi PAS pula boleh bela DAPig untuk halang MBSA kuatkuasa larangan jual beli arak di Shah Alam semata-mata kerana PAS bangga jadi anjing suruhan DAPig si babi tunggal.

Anonymous said...

'syabas dan tahniah' PAS yang telah 'berhijrah' dari parti Islam kepada Parti Anjing Suruhan, jadilah pecacai DAPig sampai bila-bila dan rosakkan pemikiran dan maruah bangsa demi kepentingan politik asobiyah kamu semua. PAS menuduh UMNO asobiyah kerana bersikap nasionalis, tapi PAS bodoh dan bangang tahap anjing gila kerana Nasionalis bukan Asobiyah, Nasionalis adalah perjuangan untuk memartabatkan bangsa, tak ada pun nak ainaya orang, tapi Asobiyah akan membela segala kemungkaran puak sendiri walaupun bergelumang dengan dosa dan melanggar syariat agama. Sebab itulah walaupun UMNO itu nasionalis, tapi kepentigan bangsa lain juga terjaga, tapi Asobiyah PAS hingga sanggup membela kemungkaran yang dilakukan oleh sekutu dan puak mereka walaupun jelas melanggar syariat, demi politik, syariat boleh lempar tepi jalan, itu pegangan PAS sekarang ini, sebab itulah PAS sanggup 'bermati-matian' jadi anjing suruhan Ambiga untuk demontrasi liar BERSIH tapi PAS juga sanggup berhempas pulas untuk gagalkan HIMPUN yang bertujuan untuk tingkatkan kesedaran umat Islam, PAS anjing suruhan DAP dan perangai asobiyah macam Arab jahiliah, PAS PIS PUS, pengamal asobiyah dan anjing suruhan DAP, itulah PAS, pecacai tahap longkang.

Anonymous said...

Orang-orang bumiputera dan Islam perlu sedar bahawa PAS telah menjadi anjing suruhan DAPig si babi tunggal. DAPig si babi tunggal hendak melemahkan kekuatan politik bumiputera dan Islam, PAS sanggup menjadi anjing suruhan DAPig si babi tunggal demi dendam kesumat pada UMNO, perangai PAS tak ubah seperti Arab Jahiliah, asobiyah berkurun-kurun kerana dendam, jelas PAS sanggup ambik asobiyah dan buang tuntutan Islam yang menyarankan supaya umat Islam bersatu, PAS parti anjing suruhan, anjing suruhan DAP yang sanggup jahanamkan bangsa sendiri demi kepentingan politik dan dendam kesumat, perangai macam Arab Jahiliah.

Anonymous said...

'syabas' dan 'tahniah' kepada PAS yang berhijrah, dulu membangun bersama Islam, sekarang merobohkan madrasah dan surau untuk buat shopping complex dan parkir kereta, lepas ni mungkin atas arahan taiko DAPig, PAS sanggup robohkan masjid untuk buat fun fair pula, pembangunan kononnya. Sedangkan UMNO dahulu merobohkan masjid dan surau untuk dibina semula demi keselesaan rakyat, tapi PAS menyalak macam anjing kebulur 10 hari tak makan tuduh itu dan ini, sekarang apa cerita boleh pula robohkan surau dan madrasah untuk buat parkir kereta dan shopping complex. Syabas dan tahniah atas sumbangan tahap babi PAS dalam merosakkan masyarakat bumiputera dan Islam, PAS anjing suruhan DAPig, say no to PAS, vote for Barisan Nasional yang jelas konsisten demi kepentingan negara dan rakyat.

Anonymous said...

PAS pecacai dan anjing suruhan DAPig si babi tunggal.

PAS jadi anjing suruhan untuk penuhi nafsu serakah DAPig yang mahukan Shah Alam terus bertapak kedai arak dan judi.

PAS jadi anjing suruhan DAPig untuk biarkan orang Islam pergi ke tempat ibadat bukan Islam dan didoktrinkan ajaran agama asing demi kegembiran DAPig si babi tunggal.

PAS sanggup memecat Pesuruhjaya PAS Selangor yang lantang memperjuangkan Islam kerana untuk kepentingan DAPig si babi tunggal.

PAS sanggup robohkan madrasah dan surau untuk buat shopping complex dan tempat parkir kerana memenuhi nafsu serakah DAPig untuk merendahkan dan menghina umat Islam.

PAS sanggup jadi pecacai dan anjing suruhan DAPig menyalak sambil berguling-guling di jalanan menghalang kereta kerabat diraja dan menyalak di jalanan semasa demontrasi haram BERSIH demi puaskan nafsu serakah DAPig Si babi tunggal.

PAS hanyalah sekadar anjing suruhan DAPig si babi tunggal untuk merosakkan masyarakat bumiputera dan Islam, tendang PAS ke loji kumbahan pada PRU 13 akan datang, PAS pengamal asobiyah hingga sanggup ketepikan tuntutan syariat agama demi kepentingan politik, parti Islam jenis apa kalau begini, inilah parti yang memperalatkan Islam demi politik, itulah PAS.

Anonymous said...

Salakan 3 anom di atas bunyinya sama. Bandingkanlah dengan tulisan Ustaz Hadi Politik Haji dan Hijrah, ada nas Quran dan hadis, kata ulama'

Kita nilailah, mana batu, mana permata. Mana kaca, mana intan. Kalau masih bunyi begiru lagi salak berikutnya, jelas askar baru, anjing upahan Najib.

Anonymous said...

Maaf. bukan 3 anom di atas, tapi 5 anom. Tak apalah, mereka tulis dapat upah.

Anonymous said...

Anon November 23, 2011 6:52 PM dan Anon November 23, 2011 6:56 PM, nilai batu permata apa kebendanya lagi? Sudah terang PAS perosak masyarakat, Parti Anjing Suruhan (PAS) sekadar menjadi tukang salak untuk DAP sajalah untuk rosakkan masyarakat. Tok Guru Politik dan Ulamak Politik memperalatkan agama demi kepentingan politik, jubah dan serban itu cuma gimik nak populariti murahan sajalah, patutnya pakai bikini sajalah sebab perangai tok guru dan ulamak PAS macam mangkuk, perosak masyarakat, kononnya perjuangkan Islam, tapi sebenarnya peralatkan Islam demi politik. Kononnya undi PAS dapat pahala, entah dalam surah mana ada tulis perkara ini? Bagitahulah.

Ikut nas dan hadis apa kebendanya tok guru dan ulamak PAS bila kenyataan PAS mesti mendapat 'restu' dari DAPig? DAPig sekarang dah bertaraf wali dalam PAS, tok guru dan ulamak politik PAS kena dengan cakap 'wali DAPig' untuk buat semua perkara, buktinya anon November 23, 2011 5:59 PM telah dedahkan, nak bohong apa lagi wahai penulis upahan Parti Anjing Suruhan? PAS sudah teruk, hina dan memalukan, menjadi anjing suruhan DAPig semata-mata untuk mengemis sokongan politik DAPig, pergi jahanamlah, ingat DAPig boleh tolong kamu? Berapa kerat sangat penyokong DAPig berbanding umat Islam dan bumiputera yang telah dikhianati oleh Parti Anjing Suruhan ini? Mula-mula hudud dan negara Islam, tapi lepas jadi anjing suruhan DAPig, nak negara kebajikan pula, lepas tu nak hudud pula, kemudian kena jerkah dengan DAPig, nak negara kebajikan balik, tak cukup dengan itu, madrasah dan surau dirobohkan jadi shopping complex dan tempat parkir kereta, dulu membangun bersama Islam, tapi sekarang meroboh surau dan madrasah dan membangun parkir kereta dan shopping complex, PAS perosak masyarakat, penipu, peralatkan agama demi kepentingan politik, tak takut dosakah buat demikian? Apa ingat Mursyidul Am PAS boleh ampun dosa ke macam pope? PAS makin menyeleweng demi kepentingan dunia, agama sanggup dipolitikkan, hukum hakam agama sanggup dipermainkan, inilah PAS bertopengkan Islam, tapi berjiwa asobiyah, perangai macam munafik.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails