Tuesday, November 22, 2011

Tahniah, Pertahan Pingat Emas Bola Sepak -N/Aziz

SUKAN
Pasukan Malaysia gembira selepas menewaskan Indonesia 4-3 melalui sepakan penalti pada aksi akhir Sukan Sea Ke-26 di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Isnin. Foto: EPA

KL, 21 Nov 11:
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengucapkan tahniah kepada pasukan bola sepak negara yang berjaya mempertahankan pingat emas Sukan Sea 2011, sebentar tadi.

“Tahniah saya ucapkan kepada pasukan bola sepak Malaysia yang baru sahaja memenangi pingat emas di Sukan Sea dalam aksi final yang mendebarkan sebentar tadi.

“Semoga pasukan bola sepak negara terus mengukir kecemerlangan,” ujarnya yang juga Menteri Besar Kelantan menerusi twitter.

Pasukan kebangsaan menewaskan Indonesia 4-3 menerusi tendangan penalti selepas terikat 1-1 dalam masa 120 minit pada perlawanan akhir di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta. Pasukan tuan rumah mendahului 1-0 apabila Gunawan menanduk masuk pada minit kelima manakala Malaysia menyamakan kedudukan menerusi tandukan Asrarudin Putra setengah jam kemudian.

Malaysia memperoleh emas dengan menewaskan Indonesia pada perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA Ke-26 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta malam ini.

Dengan kemenangan hari ini, Malaysia mengekalkan emas kali kedua berturut-turut. Pasukan negara mengatasi Indonesia menerusi tendangan penalti selepas seri 1-1 pada masa tambahan permainan.

Malaysia menyudahkan empat gol lawan tiga menerusi penalti untuk menang 5-4. Terdahulu Malaysia menyamakan kedudukan menerusi tandukan Asrarudin Putra pada minit ke-35. Indonesia mendahului 1-0 menerusi tandukan Gunawan hasil sepakan sudut pada minit kelima.

Dengan kejayaan ini Malaysia telah mengumpulkan 59 emas Sukan SEA, kurang satu untuk mencapai sasaran kutipan pingat. Weblog Ibnu Hasyim juga ucapkan tahniah.(IH)

Malaysia vs Indonesia [Final SEA Games 2011] Asrarudin Goal

www.mejuez.com Credit To : sokernet.com by wanzmejue 2 hours ago 265 views

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz
E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz

2 comments:

armouris said...

tahniah Malaysia! lagi info tentang bola sepak - Kecederaan/Kematian di Padang Bola Sepak

Abu Idris said...

arrayah.info - Sihir Bola Sepak menjauhkan Umat dari Syariat Islam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails