Sunday, November 20, 2011

Lawan Pemblog 'Askar Baru' Upahan Najib!



KL, 20 Nov 11: Datuk Seri Najib Razak hari ini melahirkan sokongan padu kepada pemblog-pemblog dan pengguna media sosial pro-Barisan Nasional (BN) dengan menyifatkan mereka sebagai “askar baru” perikatan tersebut melawan pembangkang.

Pengerusi BN itu berkata dunia atas talian adalah medan pertarungan antara pembangkang dan perikatan pimpinannya, dan ramai yang kini mengunjungi laman-laman web, portal dan blog sebagai saluran maklumat.

“Barisan Nasional mengiktiraf anda semua, pengamal-pengamal media sosial. Anda pejuang-pejuang kami, askar baru kami,” kata Najib (gambar) selepas melancarkan Konvensyen Media Sosial 1 Malaysia di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli BN perlu mengadaptasi mengikut perubahan masa dengan menggunakan media sosial jika mahu kekal relevan. Media sosial menjadi semakin penting dalam arena politik negara ini dengan 11.3 juta rakyat Malaysia menggunakan Facebook setakat pertengahan tahun ini.

Najib juga memberitahu peserta konvesyen itu, kebanyakannya pemblog pro-BN bahawa mereka perlu menjelaskan kepada rakyat Malaysia atas talian tentang usaha-usaha diambil kerajaan dan kejayaannya, serta melawan kenyataan-kenyataan pembangkang yang bersifat bohong dan separuh benar.

“Ini adalah peranan pejuang-pejuang atas talian, yang akan meneruskan usaha mereka menggunakan BlackBerry, komputer bimbit dan iPad.

“Jika tidak boleh tangani gelombang ini, kita akan hanyut,” kata Najib. (MI)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kenyataan PM Najib ini membenarkan adanya gangguan-gangguan yang sedang dilakukan ke atas blog-blog pembangkang. Tentunya dari 'askar-askar upahan baru' itu.. Makin hampir PRU13 tentunya upahan ini makin lumayan dan serangan mereka makin kuat.

Cuma bedanya di pihak pembangkang ini ada Blog-blog 'Tentera Mujahidin' yang melawan demi kebenaran, tanpa upah dan ganjaran. Atas nama Jihad fi Sabilillah dan pertolongan Allah! Tumbangkan BN bersama kemungkarannya! Perang melalui peti undi bersenjatakan weblog..

Lihat sebelum ini..

  • E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...
    E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails