Wednesday, November 23, 2011

Anda Gemuk? Jaga, Diabetes..


KESIHATAN
KL: Masih ramai penduduk di negara ini tidak menyedari berat badan berlebihan menyumbang kepada penyakit diabetes atau kencing manis.

Hasil soal selidik yang dijalankan oleh Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) sepanjang September dan Oktober lalu terhadap 100 pesakit diabetes jenis 1 dan diabetes jenis 2 yang sedang dirawat di hospital itu mendapati 62 peratus pesakit yang mengalami obesiti atau gemuk disahkan menghidap diabetes.

Ketua Unit Diabetes dan Endokrinologi PPUKM, Prof. Dr. Nor Azmi Kamaruddin berkata, perkaitan antara obesiti dan diabetes perlu ditonjolkan secara lebih agresif bagi menggalakkan rakyat mengamalkan gaya hidup aktif dan pemakanan seimbang. (IH/Kosmo)

Sebelum ini..
  • E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini..
    E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails