Tuesday, April 03, 2012

Suu Kyi Menang P'raya Myanmar, Siapa Di Belakang?


SUU KYI melambaikan tangan ke arah para penyokongnya di Yangon semalam.

Suu Kyi rai kemenangan

YANGON - Ikon demokrasi, Aung San Suu Kyi (gambar kecil) yang menang pada pilihan raya kecil di Myanmar berharap kemenangannya akan membuka era baharu di negara berkenaan.

Suu Kyi menyatakan demikian ketika berucap kepada beribu-ribu penyokong di luar ibu pejabat parti Liga Kebangsaan Untuk Demokrasi yang dianggotainya semalam. Beliau berucap sehari selepas partinya mendakwa beliau telah memenangi kerusi Parlimen bagi kawasan Kawhmu.

"Kejayaan kita ialah kejayaan rakyat," kata Suu Kyi.

"Ia ialah kejayaan rakyat yang membuat keputusan bahawa mereka perlu terlibat dalam proses politik di Myanmar.

"Kita berharap kemenangan ini akan menjadi permulaan untuk satu era baharu," tambahnya lagi.

Pilihan raya berkenaan menjadi pentas kepada bekas tahanan politik itu untuk menjadi wakil rakyat buat kali pertama dan menerajui blok pembangkang dalam Parlimen Myanmar yang didominasi pihak tentera.

Keputusan rasmi pilihan raya kecil berkenaan dijadualkan diketahui dalam tempoh beberapa hari lagi. Pilhan raya kecil itu diadakan bagi memilih 45 wakil rakyat baharu. - Agensi

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Suu Kyi menang, siapa individu atau kuasa besar di belakangnya. Apakah kemenangan itu merupakan tanda awal perkembangan demokrasi di Myanmar atau penguasaan pihak-pihak tertentu di sana? (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails