Saturday, April 07, 2012

Punca Banjir Klang, Peruntukan Tidak Kpd Negeri


KL 7 Apr 12: Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melahirkan perasaan terkejut terhadap dakwaan exco kerajaan Selangor Ronnie Liu yang mendakwa kejadian banjir besar di Klang baru-baru ini berpunca daripada peruntukan berkaitan tidak disalurkan kepada negeri.

"Dalam hal ini, kementerian juga terkejut kerana dakwaan itu dibuat oleh anggota exco tanpa meneliti fakta berkaitan dalam isu ini," kata Ketua Komunikasi Korporat Yamuna Perimalu merujuk kepada kenyataan exco Selangor Ronnie Liu Rabu lalu.

Liu dalam sidang medianya berkata, kerajaan pusat mesti berhenti menyalahkan negeri dalam isu banjir kerana ia berpunca daripada peruntukan Jabatan Parit dan Saliran (JPS) Selangor, termasuk RM1 bilion untuk rancangan lima tahun tidak dilayan.

Dakwanya, semua permohonan di Selangor, termasuk di Klang, satu pun tidak mendapat kelulusan.

Dalam kenyataannya semalam, Yamuna berkata, banjir besar di Klang sebenarnya berpunca daripada hujan lebat tiga jam dan terbatasnya sistem perparitan, yang diburukkan lagi dengan longkang tersumbat.

"Jabatan sentiasa konsisten bekerja untuk menaiktaraf sungai, sistem perparitan, kolam tadahan dan sistem pengaliran banjir.

"Sebagai tambahan, jabatan juga menyediakan ramalan banjir dan amaran kepada penduduk di samping meningkatkan kesedaran awam dan kesediaan mereka untuk menghadapi banjir.

"Namun begitu, tindakan ini memerlukan komitmen dan kerjasama daripada setiap lapisan masyarakat bagi mengurangkan risiko banjir," katanya lagi.

Yamuna bagaimanapun tidak menyentuh lanjut berhubung isu sekaran peruntukan RM1 bilion seperti didakwa Ronnie. (Mk)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails