Sunday, April 01, 2012

Kes Lembu-UMNO: Tim K/Wanita Berentap..

KL, 1 April 12: Timbalan Ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim (gambar) mempertahankan tindakannya mendesak Datuk Seri Shahrizat Jalil meletak jawatan, dan berkata beliau tidak mahu melihat sayap parti itu mempunyai ahli yang “sakit” dalam pilihan raya.

Beliau sebelum ini mendesak Shahrizat untuk meletak jawatan sebagai Ketua Wanita Umno selepas senator tersebut tetap mahu meneruskan kepimpinannya dalam wanita Umno bagi memimpin 1.3 juta penyojong sayap berkenaan walaupun melepaskan jawatan Kabinetnya ekoran skandal kes lembu, Pusat Fidlot Nasional (NFC).

Walaubagaimanapun, kedua-dua pemimpin wanita itu telah bersetuju untuk bekerjasama selepas perjumpaan dengan kepimpinan parti termasuk Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Namun, dalam satu temuramah yang disiarkan akhbar Mingguan Malaysia hari ini, Kamilia berkata demi menunjukkan kesatuan Wanita Umno dalam menghadapi masyarakat, solidariti juga perlu bagi menyelesaikan masalah kritikal dan bukan menyembunyikannya.

“Setiap halangan perlu di selesaikan dan bukan diabaikan. Dalam perang, sekiranya ada anggota yang membawa penyakit dak akan merebak kepada anggota lain, adakah kita tetap mahu dia teruskan ke medan perang?” jelasnya apabila ditanya oleh Mingguan Malaysia kenapa beliau tidak menyokong Shahrizat.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Lawan, jangan tak lawan. Mulai berentap! (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails