Monday, April 02, 2012

Gambar Ini, Dikatakan 'Memadu Asmara'. Mengapa?



LIHAT gambar di atas dan berita ini..

[Memadu asmara di kaki Gunung Reng

JELI - Kawasan rekreasi Gunung Reng dekat sini menjadi tempat remaja berkumpul dan bermadu asmara terutama pada hujung minggu.

Tinjauan Kosmo! di kawasan berkenaan kelmarin mendapati, beberapa pasangan remaja lelaki dan perempuan dilihat bergurau senda dan tanpa segan silu berpegangan tangan.

Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Abang Ajik, 50, mendakwa, kawasan rekreasi yang terletak di kaki Gunung Reng itu dijadikan lokasi bercengkerama oleh golongan remaja tempatan dan dari luar daerah ini.

"Remaja-remaja tersebut juga sudah berani melakukan perkara yang tidak senonoh seperti berpegangan tangan dan berpeluk secara terbuka.

"Sepatutnya perkara itu tidak berlaku memandangkan ia tempat umum dan dikunjungi oleh pelancong luar dan mereka yang membawa keluarga untuk beriadah," katanya ketika ditemui di sini kelmarin.

Kawasan rekreasi Gunung Reng mempunyai beberapa kemudahan seperti padang permainan serta dewan orang ramai.

Seorang lagi penduduk, Mohd. Nasifuddin Sulaiman, 47, memberitahu, dia pernah melihat sepasang kekasih asyik berpelukan di kawasan itu.]

Mengapa gambar tenang seperti di atas dikatakan 'sudah berani melakukan perkara yang tidak senonoh seperti berpegangan tangan dan berpeluk secara terbuka'? Mana buktinya? Sedangkan gambar dan tingkah laku begini cukup banyak berlaku di negeri-negeri lain?

Jawabnya..

Satu: Mungkin perkara-perkara seperti di gambar ini jarang berlaku di negeri ini (Kelantan). Sedang di negeri-negeri lain, gambar seperti ini jadi biasa, contohnya, berlaku dipantai-pantai, pusat hiburan, taman reakrasi, bahkan di sekolah-sekolah dan pusat pengajian tinggi. Ertinya di negeri ini susah cari kegiatan maksiat, apa lagi secara terbuka begini. Sehingga berita seperti ini terpaksa ditambah dengan kenyataan individu berlebihan, walaupun tiada bukti gambar.

Kedua: Isu-isu ini sengaja digembar-gemburkan untuk memburukkan imej pemerintahan Tok Guru Nik Aziz, sebagai kempen memburuk-burukkan ulama dan pentadbiran PAS.

Maaf, begitulah pandangan kami.. kira-kira. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails