Tuesday, April 03, 2012

Bagaimana Model & Artis Rusia Pilih Islam?

Tinggal yang lalu (tidak bertudung), kembali kepada Islam (bertudung).

ARTIS dan model terkenal Russia Masha Alalykina memeluk agama Islam setelah Allah memakbulkan doanya kepada rakannya semasa dalam keadaan koma. “Saya tidak tahu bagaimana saya ingin menolong teman saya itu. Hari itu, pertama kali saya berdoa dan memohon pada Tuhan!”

Besok hari temannya menelefon beliau memberitahu dia melihat Masha Alalykina datang membantunya ketika dalam sakit, katanya semasa ditemuramah.

Masha menangis seketika kerana itu pertama kali dalam hidupnya Masha inginkan sesuatu dari Tuhan. Masha mulai meninggalkan kemasyhurannya dan menerima Islam. Katanya semasa menjadi artis langsung diri nya tiada berniat untuk menjadi Islam, berpuasa, mengerjakan haji dan meminum air zam zam... dan kini dia sudah memakai tudung.

“Keimanan kepada Allah telah mengubah hidup saya. Keinginan untuk beriman kepada Allah datang dalam hati nurani sesaorang. Saya tidak percaya bahwa Allah memberikan kecerdasan manusia hanya untuk kita hidup, makan, tidur, dan kemudian mati. Allah memberi kita kesempatan untuk hidup pada jalan yang benar, dengan itu kita dapat mencapaiNya," tambah Masha lagi.

Masha melihat semua peraturan Islam dapat diterapkan dalam kehidupan. Menurutnya, jalan Islam adalah jalan yang baik. “Saya merasa bersyukur. Sekarang saya mendapat kesempatan untuk membandingkan bagaimana saya disatu ketika dahulu dan sekarang. Sekarang saya menjalani kehidupan yang sebenarnya”.

Pada awalnya Masha merasa berat untuk mempelajari bahasa arab dan Al-Qur’an, namun ketika mempelajarinya, Masha semakin menyukai. “Saya fikir ini adalahsatu kunci untuk mempelajari ilmu pengetahuan lainnya.”

Sekarang Masha sedang belajar di universiti. Masha sudah menguasai 5 bahasa dan menulis beberapa lagu Islam. Ia masih tetap meminati muzik. Namun sudah beralih pada kegemaran Nasyid seperti Raihan, Sami Yusuf, dan Yusuf Islam.

Katanya lagi, beliau masih mempunyai banyak wang hasil dari kedudukannya dalam industri hiburan. Semua kilauan masa lalu menjadi tidak berharga lagi, kini sudah berubah dan menjadi kewajipannya bagi membantu menyelamatkan yang lain dari kesesatan.. menjadi contoh pada mereka.

“Saya tidak suka melihat foto-foto saya ketika dahulu. Namun, tidak masaalah orang melihat dan belajar serta mengambil iktibar dari itu semua. Seseorang dapat bertaubat dan membersihkan kesalahan masalalu dengan beramal disisi Allah, Insya Allah.” Jelasnya lagi.

Harapannya sekarang ini semoga mereka yang belum menemuikan Islam dapat melihat ke dalam diri sendiri dan merenungi hal-hal di luar yang ada didunia mereka.

“Jika anda tidak dapat berfikir tentang Allah setidaknya cuba membersihkan diri dari sifat buruk seperti cinta diri, sombong, iri hati, penindasan, berbohong, riak.. Jika seseorang ingin mengambil langkah baik terhadap Islam, mereka perlu berfikir dan mencari bantuan dari hati nurani mereka.” Tegas Masha lagi. (IH/Eramuslim)

Sila lihat sebelum ini..

E-Buku IH-43: Kisah-kisah Saya Pilih Damai... Islam

E-Buku IH-43: Kisah-kisah Saya Pilih Damai... Islam

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails