Saturday, April 07, 2012

Politik Iklan: Mana 'Jijik' & 'Lucah' Antara 2 Iklan Ini?

BERITA (myMetro) hari ini menyebutkan suatu 'iklan jijik' seperti di bawah ini..

PROMOSI HARAM...iklan ubat kuat lelaki digantung di lampu isyarat di Bandar Baru Bangi.
PROMOSI HARAM...iklan ubat kuat lelaki digantung di lampu isyarat di Bandar Baru Bangi.

PROMOSI...iklan ubat kuat lelaki digantung di lampu isyarat di Bandar Baru Bangi.
PROMOSI...iklan ubat kuat lelaki digantung di lampu isyarat di Bandar Baru Bangi.

KAJANG: Iklan haram menjual alat seks dan ubat ‘kuat’ lelaki yang digantung pada lampu isyarat di sekitar Bandar Baru Bangi, di sini, bukan saja menyakitkan mata, tetapi turut menimbulkan rasa kurang selesa orang ramai.

Bagi menarik perhatian orang ramai membeli produk mereka, pengiklan berkenaan menggantung iklan tidak senonoh itu yang dicetak menggunakan bunting kecil pada lampu isyarat.

Taktik itu digunakan pihak terbabit supaya iklan mereka jelas dilihat pengguna jalan raya ketika berhenti di lampu isyarat dan orang yang berminat boleh segera menghubungi nombor dipaparkan.

Tinjauan Metroplus di Bandar Baru Bangi mendapati iklan itu digantung di hampir semua lampu isyarat dan menggunakan nombor telefon bimbit berlainan pada setiap bunting. Iklan terbabit memaparkan ayat ‘adult toy’ dan ‘ubat kuat lelaki’ turut diterjemahkan dalam bahasa Cina menyebabkan orang ramai terutama wanita berasa jijik membacanya.

Penduduk, Siti Hasmah Othman, 30, berkata dia bimbang remaja dan kanak-kanak cuba membeli peralatan seks dan ubat kuat selepas melihat iklan itu.

“Iklan seperti ini tidak sepatutnya disiarkan lebih-lebih lagi di tempat awam kerana boleh dilihat semua orang termasuk kanak-kanak. Saya dan penduduk lain rimas dan geli setiap kali terbaca ayat pada iklan itu ketika berhenti di lampu isyarat,” katanya.

Katanya, dia berharap pihak berkuasa mencari langkah untuk menyelesaikan masalah iklan haram kerana ia bukan saja merosakkan pandangan, tetapi mengotorkan kawasan.

Sementara itu, Ketua Unit Perancangan Korporat dan Perhubungan Awam, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Shariman Mohd Nor berkata, menggantung iklan di lampu isyarat taktik terbaru pengiklan haram untuk mendapatkan pelanggan.

“Apa MPKj buat sekarang adalah menyerahkan nombor telefon iklan haram ini kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menamatkan perkhidmatan.

“Tindakan ini menghalang perbuatan itu berulang dan pada masa sama, majlis menurunkan semua iklan terbabit bagi mengekalkan kebersihan persekitaran,” katanya.

Beliau berkata, sebaik mengetahui pihak majlis mengambil tindakan, pengiklan haram mencetak iklan baru dengan menggunakan nombor berlainan.

Lihat pula iklan di bawah ini pula, (Mula-mula lihat iklan telanjang, lepas tu agama)

Muka 25 iklan ini, muka 26 dan 27 baca pula ruang agama.....hehehe Utusan-utusan

KL, 23 Mac: Akhbar milik Umno Utusan Malaysia dilihat masih tidak tahu menjaga sensitiviti umat Islam di negara ini apabila terbaru menyiarkan iklan yang boleh disifatkan lucah dan menjolok mata. Kali ini iklan produk mandian berjenama Follow Me pada muka surat 25 sisipan Mega yang mempamerkan sepasang kaki 'bertelanjang' dari paras peha yang dalam keadaan menjulang ke atas.

Lebih menyedihkan, akhbar berbahasa Melayu dengan moto 'pemangkin fikiran rakyat' itu menempatkan iklan itu pada muka surat sebelum ruangan agama. Dengan kata lain, pembaca perlu melalui iklan yang mengambil ruang semuka surat penuh itu dahulu sebelum ke ruangan agama.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mana 'jijik' dan 'lucah' antara dua iklan ini?. Sutu untuk sekitar Bandar Baru Bangi, satu lagi untuk seluruh rakyat Malaysia. Satu dikaitkan dengan kerajaan Pakatan Rakyat (Selangor), satu dikaitkan dengan UMNO BN (Pemerintah Malaysia) Yaa.. fikirlah sama. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails