Monday, June 02, 2014

Jadi Kaya Kerana Dipukul Tiap Hari


Xie Shuiping, samsak hidup dari China

JOM KREATIF
Seorang lelaki di China boleh jadi kaya bahkan hidup mewah , dengan bergantung kepada ketahanan tubuhnya yang luar biasa . Lelaki ini bekerja sebagai samsak hidup , tiap hari kerjanya dipukul dan dapat bayaran .

Dia adalah Xie Shuiping , yang setiap harinya menawarkan perutnya untuk ditinju oleh setiap orang di jalan , bar atau kelab malam di bandar Wuhan , wilayah Hubei .


Setiap orang berhak memukul sebanyak tiga kali . Jika tidak berjaya membuat tubuhnya bergoyang , maka mereka perlu bayar sejumlah wang . Namun jika Xie goyah , maka lelaki 48 tahun ini akan membayar minum - minum orang itu .


Kerana pekerjaan ini , setiap bulan Xie boleh memenangi 20,000 yuan , kira-kira RM10,000 . Dengan wang ini , cukup boleh menyara isteri dan dua anak perempuannya dengan wajar di Wuhan .


Diberitakan Daily Mail , Rabu 13 Mei 2014 , dia memulakan kerjayanya sebagai samsak hidup pada 2004 silam . Pada permulaan kerjayanya itu , Xie membenarkan orang - orang untuk memukul kepalanya dengan botol arak . Namun , akhirnya dia mengubahnya dengan pukul di bahagian perut .Tiga kali pukulan , kata Xie , berlangsung maksimum boleh sehingga 20 minit .  


Entah kekuatan apa yang dimilikinya , 10 tahun sedang menjalani pekerjaan ini , dia masih kukuh berdiri . Isteri dan anaknya memohon agar Xie tidak lagi melakukannya , bimbang akan keselamatannya . Tapi demi dapurnya berasap , Xie terus jadi sasaran.

" Pada mulanya , saya melakukannya untuk suka-suka dan tidak berfikir mencari wang . Tapi akhirnya saya sedar , tanpa wang , saya tidak boleh hidup , " kata Xie . (IH)


Lihat lagi..
E-Buku IH-68: Kisah-kisah Jom Kreatif (3)
E-Buku IH-68: Kisah-kisah Jom Kreatif (3)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails