Monday, June 02, 2014

1 AS, Ditukar 5 Taliban. AS Terdesak?


Bowe Bergdahl, tentara AS yang diculik Taliban. Bowe Bergdahl, tentera AS yang diculik Taliban. ( REUTERS/via Reuters TV/Files )

Tentera Amerika Syarikat , Bowe Bergdahl akhirnya dibebaskan selepas diculik Taliban di Afghanistan selama lima tahun . Selama dalam penyekapan , Bergdahl dilaporkan mengajarkan kemampuannya dalam membuat bom kepada para militan Taliban . 

Daily Mail pada tahun 2010 lalu , menemubual komander daerah Taliban di Paktika yang menyebut dirinya Haji Nadeem . Dia mengatakan bahawa selama ditahan , Bergdahl mengajar para militan cara membongkar telefon bimbit dan mengubahnya menjadi remote kawalan letupan . 

Selain itu , mereka juga diajar asas - asas serangan serangan hendap oleh Bergdahl . Nadeem juga mendakwa , Bergdahl telah masuk Islam dan menukar namanya menjadi Abdullah . Dalam sebuah rakaman video , kelihatan Bergdahl telah berjanggut lebat . 

" Kebanyakan , ketrampilan yang dia ajarkan sudah kami tahu . Beberapa tentera kami mengira dia berpura - pura menjadi Muslim untuk menyelamatkan dirinya sendiri , " kata Nadeem .

 Hal ini juga diyakini perisikan Afghanistan . Sumber di intel Afghanistan berkata, Bergdahl " bekerja sama dengan Taliban " dan menjadi penasihat pertempuran di wilayah Tribal Pakistan . Sempat muncul khabar angin juga , sebenarnya Bergdahl akan disingkir dari tentera AS , sebelum akhirnya diculik ketika main badminton.

Khabar terbaru soal penyekapan Bergdahl dilaporkan Al - Jazeera pada Minggu 1 Jun 2014 . Memetik komander rangkaian Haqqani yang bersekutu dengan Taliban, berita keislaman Bergdahl diragukan . Sebab , menurut sumber , dia tetap merayakan Krismas setiap tahun dan menolak mempelajari Islam .

" Dia tidak pernah melewati perayaan keagamaannya . Dia bahkan memberitahu soal perayaan ini pada penculiknya beberapa minggu sebelum Krismas atau Easter untuk meraikan bersama , " kata komander Haqqani.

Namun , tidak syak lagi bahawa Bergdahl mula boleh bergaul dengan penculiknya . Dia mula menikmati bermain badminton bersama tentera Taliban atau membantu memasak .

" Dia lebih banyak menghabiskan masa bermain badminton atau membantu masak . Dia sangat suka main badminton dan selalu bermain dengan penculiknya . Bahkan , dia mengajar para tentera Taliban soal permainan ini , " kata sumber . 

Bergdahl hilang sejak 2009 , semasa bertugas di Paktika , sebelah timur Afghanistan . Dia baru dibebaskan minggu lalu , selepas rundingan yang bersetuju Bergdahl ditukar dengan lima tahanan Taliban di Guantanamo .Saat ini , Bergdahl ada di Jerman untuk menjalani rawatan psikiatri . Rawatan ini penting untuk proses integrasi semula dan peralihan lelaki 28 tahun ini . 

Usaha sebelum ini untuk pembebasan Bergdahl menerusi pertukaran dengan Taliban gagal tetapi kali ini Qatar berjaya mendapatkan persetujuan. Obama mengesahkan sebagai usaha membawa pulang askar berkenaan ke AS, kerajaan sudah memindahkan lima tahanan Afghanistan di Guantanamo ke Qatar.  (IH/Pelbagai sumber)


Wajah Bergdahl dalam tempoh lima tahun penahanannya di Afghanistan. Gambar kecil pengumuman Obama mengenai pembebasan anggota tenteranya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails