Tuesday, June 03, 2014

Hudud Penyumbang Kekalahan Dyana -Gobind Singh Deo

Isu hudud menjadi faktor calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud tewas di Teluk Intan, kata Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo. Gambar fail The Malaysian Insider.


Isu hudud menjadi faktor calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud tewas di Teluk Intan, kata Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo. Gambar fail The Malaysian Insider.
















Pemimpin DAP, Gobind Singh Deo menyifatkan isu pelaksanaan undang-undang hudud oleh rakan komponen mereka dalam Pakatan Rakyat (PR), PAS sebagai faktor Dyana Sofya Mohd Daud tewas dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan baru-baru ini.

Gobind berkata, beliau tidak menolak wujud undi protes yang berpunca daripada kemelut melibatkan undang-undang kontroversi tersebut.

"Ini mungkin hasil daripada undi protes secara senyap menentang Pakatan Rakyat," kata ahli Parlimen Puchong itu dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, DAP hilang 25% undi bukan Melayu dalam analisis awal yang dijalankan dan peratusan keluar mengundi rendah menunjukkan dengan jelas wujud faktor luaran lain menyumbang kepada kekalahan mereka.

"Saya berpendapat kontroversi melibatkan pelaksanaan hudud oleh PAS menyumbang secara signifikan kekalahan kami di Teluk Intan," katanya.

Gobind mempertahankan keputusan meletak calon Melayu, Dyana Sofya di Teluk Intan sebagai strategi yang tepat, bagaimanapun ia masih tidak memadai kerana rakan komponen PR berbeza pendapat dalam isu pelaksanaan hudud.

"Strategi dalam memilih calon dan visi masa depan semata-mata tidak boleh mengaburi isu semasa yang mendapat perhatian orang ramai seperti hudud," katanya.

Beliau juga menyatakan kebimbangan sekiranya isu undang-undang Islam itu tidak diselesaikan dengan segera, ia akan menyebabkan PR menerima kesan lebih buruk selepas ini. Isu Hudud kembali menjadi topik hangat selepas kerajaan PAS Kelantan bersungguh-sungguh untuk melaksanakannya dan bercadang membawa usul persendirian ke Dewan Rakyat untuk  mendapatkan restu sebelum melaksanakannya.

Putrajaya juga bersetuju menubuhkan jawatankuasa teknikal  mengenai pelaksanaan Undang-Undang Jenayah Syariah di Kelantan susulan perkembangan terbaru tersebut. Bagaimanapun, isu hukum hudud menerima tentangan daripada rakan komponen BN sendiri iaitu MCA dan Gerakan, malahan DAP juga menentang keras langkah tersebut.

Usaha DAP untuk membawa perubahan dalam lanskap politik negara dengan meletak Dyana Sofya yang datang daripada latar belakang Umno gagal selepas kalah dengan majoriti tipis 238 undi berbanding Barisan Nasional, Datuk Mah Siew Keong. – 3 Jun, 2014. (TMI)

3 comments:

Anonymous said...

Bukankah ada berlaku peningkatan undi Melayu ke? Bukankah undi Cina yang menurun?

maidin atak said...

Banyak saja alasan kalau dah kalah.

Anonymous said...

Cuba kita kaji pula keputusan pru-pru yang lepas...

Pasti kita buleh membaca ke arah mana sokongan pengundi cina dalam pru14 nanti...

Terutamanya pru-pru di antara tahun 1974 hingga tahun 1999.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails