 
Raja Azmi kini bertudung. Wajah terbaharu Raja Azmi yang muncul dalam rancangan h live! pada Ahad.
 HALAMAN HIBURAN'WANITA tidak bertudung akan masuk neraka'.  Dakwaan ini yang produser 
kontroversi, Raja Azmi Raja Sulaiman 55, persoalkan. 'Keceluparan' menentang pendapat ini, akhirnya menjadi antara 
punca dia terbuka hati untuk berhijab. Al-hamdulillah.
Begini ceritanya.. 
 Raja Azmi menimbulkan kontroversi apabila dia mempersoalkan pendapat orang yang tidak bertudung akan masuk neraka. Beliau membuat kenyataan berkenaan apabila ditanya  wartawan Galaksi, 
TV9, adakah dia mahu bertudung selepas kembali mengerjakan umrah pada 
Februari lalu.  Malah dia juga berkata, orang yang bertudung pula tidak semuanya menjaga adab mereka sebagai muslim sejati. Dia tidak terkesan dengan segala 
kritikan orang ramai terhadap kenyataannya. Tetapi Raja Azmi berkata selepas membuat kenyataan itu, dia mula terfikir adakah kenyataan yang dibuatnya itu 
betul atau sebaliknya. 
“Semasa saya buat kenyataan itu, saya tiba-tiba terfikir apa yang saya 
cakap itu betul atau tidak? Dan saya juga membuat sembahyang tahajud 
tiga hari tiga malam dan akhirnya saya mendapat jawapan serta terbuka 
hati untuk berhijab,” katanya.
Raja Azmi berkata demikian dalam rancangan hiburan h live! saluran Astro Ria dan Maya HD pada Ahad malam. Produser itu ditemubual oleh pengacara Datuk Aznil Nawawi  dalam program
 yang disiarkan secara langsung bermula pukul 8.30 malam itu. Ulangan 
rancangan berkenaan disiarkan menerusi saluran Awani pada pukul 10.30 
malam.  Dia 
bersyukur kerana mendapat ‘teguran’ Allah yang akhirnya membuatkan dia 
mengambil keputusan  bertudung. Langkah menukar  imej kata beliau, adalah sebahagian daripada 
keinginannya untuk terus beribadah dan juga mahu mengenali Islam itu 
dengan lebih mendalam.
“Insya-Allah, niat saya untuk berhijab sehingga memakai kain kapan,” katanya.
Tambah Raja Azmi, dia akan berusaha untuk mendekatkan diri dengan Allah 
terutamanya menjaga waktu solat lima waktu yang sebelum ini tidak 
dilaksanakan dengan sempurna.
Raja Azmi dan Aznil Nawawi
 
 Ditanya oleh Aznil bagaimana reaksi keluarganya selepas membuat 
keputusan itu Raja Azmi berkata, anak-anaknya gembira dengan perubahan 
berkenaan manakala suaminya Mohd Eddie Ghazali, 45, pula menepuk  
bahunya sambil berkata; “I  love you.”
Beliau turut  menambah, keputusan memakai tudung juga memperluaskan
 rezekinya apabila dia mendapat peluang menghasilkan rekaan tudung yang 
akan diusahakan bersama rakannya.
Dalam rancangan itu juga Raja Azmi turut memberi nasihat kepada penonton
 agar mencontohinya untuk berubah kerana perubahan itu akan membuatkan 
seseorang umat Islam akan mendapat lebih pahala.
“Pakailah hijab kerana bila kita berhijab, kita akan dapat lebih banyak  pahala,” katanya. 
(IH/Pelbagai sumber)
Lihat sebelum ini...
 
2 comments:
Alhamdulillah. Moga istiqamah dgn perubahan yg baik itu.
harap2 dia kekal menutup aurat
jangan jadi macam coklat cadbury
sekejap ada dna babi,sekejap tiada
- ahli Gabungan Mamak Penang (GAMPANG)
Post a Comment