Monday, June 02, 2014

Ibnu Hasyim Sokong Siti Zailah, Bunuh Patut Di'Hudud'..


 


KL: Weblog Ibnu Hasyim menyokong kenyataan Dewan Muslimat PAS Pusat, yang tidak menolak kejadian jenayah pembunuhan yang berlaku pada hari ini adalah berpunca dari kegagalan dan kelemahan undang-undang sedia ada dalam negara.

Sokongan ini, berikutan ketuanya Siti Zailah Mohd Yusof melahirkan kebimbangan dengan insiden pembunuhan seperti yang berlaku terhadap kanak-kanak berusia dua tahun pada 29 Mei baru-baru ini.

"Kita sangat bimbang, ini membuktikan kelemahan undang-undang yang melibatkan jenayah. Seolah-olah penjenayah tidak rasa takut untuk melakukan jenayah berkali-kali," kata Zailah kepada Harakahdaily.

Tegas Zailah lagi, tiba masanya undang-undang syariah diberi laluan segera oleh kerajaan sebagai opsyen bagi menangani gejala jenayah di dalam negara ini.

"Kerajaan juga perlu melihat balik mengapa jenayah seperti ini berlaku? Kerana tidak lain tidak bukan hiburan yang melampau ditambah pula dengan filem-filem ganas yang akhirnya memberi kesan kepada rakyat negara ini begitu juga gejala dadah yang tidak pernah berakhir.
"Dalam kes adik ini, saya difahamkan pembunuh itu baru sahaja keluar daripada penjara yang menerima hukuman kerana dadah, tetapi tidak sampai seminggu sudah melakukan jenayah bunuh," kata YB Parlimen Rantau Panjang itu..

Mengulas insiden pembunuhan adik Siti Soffea Emelda, 2 tahun 6 bulan dilarikan daripada jagaan ibunya, katanya yang turut menasihati ibu bapa agar sentiasa mengawasi dan mengambil berat anak-anak mereka.

Editor Weblog Ibnu Hasyim pula menambah,

" Memang undang-undang yang sedia ada membuatkan para penjenayah tidak insaf dengan hukuman yang mereka terima ketika di penjara.
"Apa lagi bila ada bahagian-bahagian dari undang-undang yang ada sekarang agak meterialistik, pesalah pencuri ganas yang ada wang banyak boleh lepas.
"Tetapi, kalau pencuri atau perompak ganas itu dihukum 'potong tangan' seperti dalam hukum hudud Islam, wang banyak pun sudah tidak berguna lagi. Itulah yang menakutkan penjenayah, terutama yang kaya-kaya.." Jelas Hj Mohd Hasyim lagi. (IH)

4 comments:

maae said...

Sebelum laksanakan hudud, muslimah Pad mesti turun ke padang dulu. Lawati tempat-tempat gelandangan ini, bantu lah kehidupan mereka. Mereka juga ada anak-anak yang di lahirkan dalam gelandangan. Mereka manusia juga, perlu kehidupan.

Adakah hanya Umno dan kerajaan di persalahkan ? Kristian sudah lama menabur kebajikan mereka. Kerajaan sudah memberi kemudahan dan makanan. Cuma dakwah tiada kesinambungan kecuali dari insan-insan mulia.

Saya pasti muslimah Pas tidak pernah mendekati mereka. Jika hanya bercakap, menggesa dan menuding jari, ini lah yang terjadi. Di kampung halaman sendiri pun ramai yang hilang arah dari Islam sebenar.

Siapa yang berdosa dan membunuh mereka yang tidak bernasib baik ini ? Buang perbezaan politik jika kita semua berada di dalam landasan sebenar.

Kemudian kita tegakkan Hukum Allah. Insya Allah.

Anonymous said...

Jawapan untuk 7:04 PM.

1. kamu baru cadang, PAS dah buat.
2. Siapa-siapa pun boleh disalahkan kalau memang salah. Cuma umno tidak mengaku kecuaian mereka setelah 1/2 abad lebih memerintah Malaysia.
3. Buktikan secara berfakta apa yang PAS tak buat mengikut kemampuannya.
4. Buang perbezaan politik. Itu wajib, buang politik asobiah umno yang tidak Islamik.
5. Politik Islam (PAS)wajib dipertahankan.

Sekian. Dari ahli biasa PAS.

Unknown said...

Tiada hukuman hudud dalam Islam untuk pembunuh. Pembunuh mesti di Qisas. Hanya keluarga mangsa bunuh yang mempunyai authority untuk memaafkan. Manakala pemerintah boleh jatuhkan hukuman takzir jika keluarga mangsa memaafkan dan meminta ganti rugi (diat)
Hukuman Hudud hanya untuk
1- Pencuri / perompak
2- Penzina
3- Peminum arak
4- Murtad yang tidak bertaubat dan
5- Penuduh zina tanpa 4 saksi

Anonymous said...

Kejadian jenayah pembunuhan sebahagian dari hjudud.

June 3, 2014 at 9:44 AM
Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails