Thursday, June 05, 2014

Ini Bonjol, Projek 66 Burung Dalam Seluar. Ha Ha Ha.

SEBAHAGIAN daripada burung yang ditemui dalam tempat khas yang dijahit pada seluar lelaki itu.


Havana: Seorang lelaki ditahan kerana cuba menaiki sebuah pesawat ke Amerika Syarikat bersama-sama dengan 66 burung di dalam seluarnya.

Lelaki itu ditangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa Ignacio Agramonte di Camahuay di Cuba selepas ditahan untuk pemeriksaan kerana bonjol besar yang mencurigakan pada seluarnya. Apabila ditahan oleh kakitangan kastam, lelaki itu berkata, dia hanya membawa seekor merpati sebagai hadiah untuk cucunya.

Tetapi, apabila dipaksa menanggalkan seluarnya, pegawai menemui puluhan anak burung cakar dan burung madu sebahagiannya dengan muncung mereka diikat rapat supaya kicauan mereka tidak didengari.

Polis berkata, semua burung itu dari spesies yang jarang ditemui dan mungkin dicuri. Ia dianggar bernilai ribuan ringgit. Penyeludup itu hampir berjaya menaiki pesawat selepas pengesan logam gagal mengesan burung berkenaan.


Bagaimanapun, kerana bonjol besar dan cara dia berjalan, kakitangan kastam di lapangan terbang berkenaan menahannya untuk diperiksa.

“Dia cuba menipu dengan berkata, dia hanya membawa seekor merpati di dalam seluarnya,” kata jurucakap kastam, Hermogenes Yonsiver. - Agensi

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails