Sunday, June 01, 2014

Ustaz Hadi Makin Sembuh, Boleh Bercakap. Al-hamdulillah.


Hadi Awang

SHAH ALAM - Prestasi kesihatan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menunjukkan perubahan positif di mana beliau sudah boleh duduk di atas kerusi dan bercakap.

Setiausaha politiknya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, walaupun begitu, beliau masih perlu berehat untuk menpercepatkan proses penyembuhan.

"Dalam masa yang sama, pihak doktor pakar juga menasihatkan supaya beliau tidak menerima pelawat dalam tempoh dua hari ini untuk mengelakkan sebarang jangkitan baharu.
"Pihak kami memohon berbanyak maaf sekiranya permintaan ini menyusahkan rakan taulan, sahabat seperjuangan  yang berhajat atau yang sudah berada di Istanbul untuk menziarahi beliau," katanya dalam satu kenyataan, lewat malam tadi. (SH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails