Friday, April 12, 2013

Langgar Hukun Agama, Solat Tak Dapat Pahala -Ulama




KOTA BHARU: Sama juga fardhu wuduk ada enam perkara, sekiranya tertinggal salah satu maka tidak sah wuduk. Begitu juga tiada pahala ibadat bagi mereka yang tidak sempurna iman.

Ketua Dakwah Halaqat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Ustaz Abdullah Abdul Razak berkata, setiap ibadat ada rukun-rukunnya, sekiranya salah satu daripadanya diragui maka ibadat akan terjejas.

“Begitu juga apabila ada orang Islam yang tidak yakin atau meragui hukum hakam ditetapkan Allah SWT maka pegangan Islamnya sudah menjadi longgar.
“Kita tahu hanya Allah Taala yang memberi pahala atau tidak di atas setiap amalan kita, namun kalau dilanggar rukun-rukun dalam ibadat maka amalan kita sudah diragui,” katanya di sini.

Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan hari ini dilapor menyifatkan kenyataan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat telah terpesong daripada ajaran Islam. Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin mendakwa pandangan yang sering dilontar Menteri Besar Kelantan itu hanya memecah perpaduan umat Islam.

Sebelum ini Tuan Guru Nik Abdul Aziz menjelaskan mereka yang menolak Islam dan mengambil kebangsaan dalam perjuangan, maka amalan seseorang itu tidak lagi mendapat pahala. Abdullah yang juga Setiausaha Dewan Ulamak PAS Kelantan berkata, dalam Islam murtad boleh berlaku melalui salah satu daripada tiga perkara iaitu perkataan, tingkah laku dan iktiqad.

Misalnya apabila seseorang menghina ajaran Islam, hukum hakam, Nabi Muhammad saw atau nabi-nabi lain, maka dengan kata-kata sedemikian orang berkenaan boleh menjadi murtad.

“Sudah banyak nas dalam al Quran dan Hadis menjelaskan isu berkenaan. Majlis Fatwa tidak sepatutnya menyembunyikan perkasa asas dalam agama.
“Kita tidak perlu melihat jauh, ambil contoh fardhu wuduk sudah memadai. Kalau kita tertinggal salah satu daripada enam perkara maka wuduk kita tidak sah.
“Begitu juga ibadat dalam Islam, kalau aqidah kita sudah rosak macam mana hendak dapat pahala,” ujarnya. (Hrkh)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails