Monday, June 17, 2013

Helikopter Terkecil Di Dunia, Pengangkat Dulang Di Restoran..

Saiz NANO-FALCON berbanding tetikus komputer.

JOM KREATIF

TOKYO - Sebuah syarikat pengeluar alat permainan Jepun membina helikopter yang didakwa terkecil di dunia. Dinamakan NANO-FALCON, pesawat mini tersebut dibina oleh firma CCP Co. NANO-FALCON dikawal menggunakan alat kawalan jauh inframerah.

Panjang helikopter itu hanya 65 milimeter dengan berat 11 gram. Barangan permainan tersebut dijual pada harga sekitar AS$46. NANO-FALCON boleh diterbangkan untuk lima minit selepas dicaj selama setengah jam. Helikopter tersebut yang diperkenalkan pada Pameran Alat Permainan Antarabangsa di sini semalam boleh juga dicaj menggunakan portal USB. - Agensi


iTray ganti pelayan restoran
Syarikat makanan Jepun itu melancarkan iTray termasuk menu burger baru mereka.
 
iTray ganti pelayan restoran
Pelayan menggerakkan iTray menggunakan iPad untuk menghantar hidangan makanan ke meja pelanggan.
 
iTRAY ini direka bagi meringankan bebanan pelayan restoran selain menjimatkan masa seseorang pelanggan untuk menunggu hidangan yang dipesan sampai ke meja mereka.

iTray ciptaan sebuah rangkaian restoran Yo! Sushi di London, Britain, menampilkan penggunaan dulang dilengkapi helikopter mini bagi mempercepatkan penghantaran makanan ke meja pelanggan.

Alat canggih dikawal dengan iPad ini, mempunyai empat pemutar dan boleh bergerak sehingga 40 kilometer sejam atau enam kali lebih pantas daripada pergerakan pelayan biasa.

CEO Yo! Sushi, Robin Rowland berkata dalam laporan MailOnline, pihaknya akan mempraktikkan penggunaan iTray di 64 cawangan restorannya di seluruh Britain bermula tahun depan.

Sementara itu, pelayan restoran, Gabriella Micu, 28, berkata iTray menjadi salah satu tarikan kepada pelanggan yang mengunjungi Yo! Sushi selain mempercepatkan proses penghantaran makanan yang dipesan.(SH)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-68: Kisah-kisah Jom Kreatif (3)
E-Buku IH-68: Kisah-kisah Jom Kreatif (3)
E-Buku IH-53: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..' (2)
E-Buku IH-53: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..' (2)
E-Buku IH-10: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..' (1)
E-Buku IH-10: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..' (1)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails