Thursday, June 20, 2013

Masih Ada Premis Hiburan Tawar Seks. P/Hiburan Jadi Pusat Maksiat.


ANGGOTA polis menemui jubah yang akan disarungkan oleh GRO paling cantik dalam serbuan di sebuah pub di Sunway Mentari, Petaling Jaya kelmarin. 

PETALING JAYA - Usaha sekumpulan 44 pegawai perhubungan pelanggan (GRO) untuk meloloskan diri melalui pintu belakang sebaik menyedari pusat hiburan tempat mereka bekerja diserbu tidak berhasil menyebabkan kesemuanya ditahan kelmarin.

Serbuan pukul 11.45 malam di sebuah pub di Jalan PJS 8/4, Sunway Mentari di sini itu dilakukan pasukan polis daripada cawangan Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman hasil risikan serta maklumat orang awam.

Pegawai operasi D7 Bukit Aman, Asisten Superintendan Shahrul Nizam Jaafar berkata, mereka yang ditahan terdiri daripada 22 warga Thailand, Vietnam (13), Filipina (2) dan seorang warga China.
Turut ditahan ialah enam wanita warga tempatan yang kesemuanya berusia 21 hingga 35 tahun.
"Ketika serbuan, terdapat kira-kira 80 pelanggan selain pekerja di dalam pub. Kita turut menahan pemilik premis itu bagi membantu siasatan," katanya ketika ditemui di sini semalam. (Kosmo)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sepatutnya kaji balik konsep pusat hiburan, supaya tidak menjadi pusat maksiat.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails