Thursday, June 20, 2013

Terus L/Raya Rakyat & Tuntut Royalti RM850J-RM1B -Husam



KOTA BHARU: Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa bersedia membantu meneruskan pembinaan Lebuh Raya Rakyat yang telah dirancangkan walau atas apa kapasiti sekalipun.

Sehubungan itu beliau yang juga mantan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri memaklumkan bersama ‘team’nya akan memaklumkan isu lebuh raya itu secara konsep ‘wakaf’ sepenuhnya kepada Exco Kerajaan Negeri pada 26 Jun nanti.

Beliau bercakap kepada wakil Harakah dan Harakahdaliy di kediamannya di Salor dekat sini petang tadi. Turut hadir Ketua Pengarang Harakahdaily Zulkifli Sulong dan Ketua Biro Harakah negeri Mazlan Jusoh. (Gambar atas). Pertemuan itu pertama kali selepas beliau pulang dari mengerjakan umrah, melakukan lawatan kerja ke Jordan dan negara bergolak Syria sejak dua minggu lalu.

Beliau ialah Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum Kelantan yang menerajui isu Tuntutan Royalti Petroleum dan Gas Negeri Kelantan antara Kerajaan Negeri Kelantan dan Petronas. Kes tuntutan itu masih dalam perbicaraan di mahkamah.

Kerajaan negeri Kelantan menuntut antara RM850 juta dan RM1 bilion daripada Kerajaan Persekutuan mengikut Akta Petroleum 1974, yang membolehkan negeri Kelantan menerima royalti minyak sebanyak 5% daripada hasil perolehan. Beliau juga bersedia bekerjasama dalam isu tuntutan petroleum itu.

Dalam konteks pembinaan Lebuh Raya Rakyat, katanya kerajaan negeri tidak ada sebab untuk membatalkannya. “Dan saya bersedia, insya Allah meneruskan usaha lebuh raya ini atas apa juga kapasiti,” katanya. (Hrkh)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails