Sunday, June 16, 2013

Artis Ini Perlu Buka Tudung Kerana Selesaikan Kontrak?

 
Rossa


HALAMAN  HIBURAN

KL: Penyanyi dari Indonesia, Rossa mengakui dikritik hebat gara-gara tidak bertudung litup selepas pulang daripada menunaikan Haji di Mekah pada tahun lalu.

Menurutnya, dia perlu selesaikan beberapa kontrak yang memerlukan dirinya tidak bertudung sebelum membuat keputusan mengubah ke imej baru.

Rossa atau nama sebenarnya Sri Rossa Roslaina Handiyani, 35, yang hanya memakai tudung selama dua bulan selepas melaksanakan Rukun Islam ke lima itu bagaimanapun berkata, dia menerima kritikan itu secara positif selain menyifatkan orang ramai sekadar prihatin terhadapnya.

"Saya faham apabila ramai yang tidak senang melihat saya masih tidak bertudung walaupun sudah bergelar hajah seperti kebanyakan wanita lain.
"Ramai juga yang mengkritik, tetapi saya menerimanya dengan hati terbuka. Saya tahu kritikan itu untuk kebaikan saya juga.
"Bagaimanapun semua itu perlu datang pada diri sendiri. Apabila tiba masanya nanti pasti saya akan bertudung juga," katanya yang ditemui pada sidang media Enjoy Jakarta di Hotel JW Marriot di sini, Jumaat.

Sidang media Konsert Enjoy Jakarta bersama penyanyi Rossa (tengah) dan Kumpulan Ungu, di JW Marriot. Foto UTUSAN.

Sementara itu, Rossa bersama-sama dengan tiga selebriti Indonesia iaitu Hedi Yunus, Pasha (Ungu) dan Sarah Sechan dilantik sebagai jurucakap bagi program Enjoy Jakarta bertujuan mempromosikan negara itu di Malaysia.

Mereka juga turut mengadakan konsert ‘Enjoy Jakarta 2013 Anniversary-Lake Garden Kuala Lumpur’ di Taman Tasik Perdana pada pukul 8.30 malam Jumaat semalam.. (Sumber mStar)

Lihat sebelum ini..

2 comments:

Anonymous said...

Bilangin sama rossa..

JEMBUT!!! LEBATmu rossa..

Anonymous said...

interracial dating rochester ny http://loveepicentre.com/advice/ all dating sites in canada only
is bobby deen dating anyone [url=http://loveepicentre.com/]dating safeguard r[/url] dating service vancover
online dating ichat [url=http://loveepicentre.com/taketour/]couger as it relates to dating[/url] sexy ads dating sign in [url=http://loveepicentre.com/user/aashour/]aashour[/url] dating india service

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails