Tuesday, June 18, 2013

Kumpulan Tandzim Al-Qaeda Malaysia Diburu

SALAH sebuah rumah di Gombak yang diserbu polis semalam bagi mencari Halimah. Gambar kecil, Mohamad Fuzi. 

KUALA LUMUR – Polis semalam menyerbu tujuh lokasi dipercayai menjadi tempat persembunyian Halimah Hussein selepas dia disyaki menganggotai aktiviti kumpulan pengganas.

Serbuan pada pukul 7 pagi itu dilakukan serentak melibatkan empat buah lokasi di Selangor iaitu dua di Kajang, Gombak, Ampang dan masing-masing satu di Kuala Lumpur (Pandan Indah), Negeri Sembilan (Senawang) dan Johor Bahru (Masai).

Satu sumber berkata, operasi serentak selama sejam yang dilakukan oleh Jabatan Pasukan Petugas Khas (Operasi/Counter Terrorism) Bukit Aman bagaimanapun tidak menemui janda berusia 52 tahun yang juga rakan kepada bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Yazid Sufaat, 49.

“Kesemua lokasi yang diserbu merupakan kediaman milik ahli keluarga Halimah.
“Kita percaya, wanita itu masih bersembunyi di dalam negara,” kata sumber itu ketika dihubungi di sini semalam.

Halimah yang disyaki menganggotai kumpulan Tandzim Al-Qaeda Malaysia diburu bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 130KA Kanun Keseksaan iaitu menjadi ahli kumpulan pengganas. Jika sabit kesalahan Halimah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun atau seumur hidup atau denda.(Kosmo)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails