Thursday, June 20, 2013

7 Ditahan Bukan Kerana 'Ayam-ayam'.. Tapi Pemikiran Yang...

 Antara wanita yang ditahan.

JOHOR BAHRU - Seramai tujuh wanita warga Indonesia ditahan Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Johor dalam serbuan Ops Sayang di sebuah hotel sekitar bandar raya ini, kelmarin.

Dalam serbuan diketuai oleh Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Johor, Khairulanuar Abu Bakar berkata, kesemua wanita terbabit yang ditahan itu berusia antara 39 hingga 57 tahun. Khairulanuar berkata, salah seorang daripada wanita yang ditahan itu dipercayai merupakan 'ibu ayam' berusia 50 tahun bertindak sebagai penjaga premis.

Menurutnya, kesemua wanita itu melakukan aktiviti pelacuran dengan kadar bayaran setiap perkhidmatan RM50 dan RM10 yang  diberikan kepada 'ibu ayam' terbabit sebagai tempat sewa serta kos bilik hotel.

“Anggota operasi yang menyamar sebagai pelanggan mendapat layanan baik daripada 'ibu ayam' dengan menawarkan wanita.
“Bagaimanapun, tawaran dibuat membuatkan anggota operasi terkedu untuk menerima memandangkan usia wanita itu sudah tidak sepatutnya melakukan aktiviti berkenaan.
“Malah terdapat seorang yang sedang mengandung tujuh bulan walaupun sudah memiliki anak seramai enam orang ditinggalkan di kampung halaman di Indonesia. Atas desakan hidup, dia terpaksa mencari rezeki seadanya,” katanya, di sini semalam.

Khairulanuar berkata, pihaknya diberitahu perkhidmatan di hotel berkenaan dilakukan sekitar jam 9 pagi hingga 6 petang hasil daripada kenyataan salah seorang wanita.

“Pada sebelah malam, mereka berpindah lokasi berhampiran di mana lokasi sebelah malam menerima kadar bayaran yang lebih iaitu sekitar RM100 memandangkan terdapat permintaan yang ramai,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Peraturan 39B Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana menyalahgunakan pas lawatan.
“Mereka juga turut disiasat di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (Atipsom) 2007. Semua ditahan dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen Pekan Nenas untuk tindakan lanjut,” katanya.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mereka ditahan sebenarnya, bukan kerana 'kegiatan pelacuran, 'ibu ayam', 'anak ayam' atau sebagainya, tetapi di bawah Peraturan 39B Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. Menjadi pelacur tidak salah dari sudut undang-undang kecuali dari sudut agama. Biasanyanya dalam semua agama. Tetapi kerana kebanyakan negara-negara di dunia negara sekular, negara berasaskan agama tidak wujud.

Contohnya Malaysia, Indonesia dan lain-lain.

Mengapa jadi begitu?

Cuba kita lihat berita di atas.. kononnya 'terdapat seorang yang sedang mengandung tujuh bulan walaupun sudah memiliki anak seramai enam orang ditinggalkan di kampung halaman di Indonesia. Atas desakan hidup, dia terpaksa mencari rezeki seadanya..'

Sebenarnya bukan kerana miskin, ramai pelacur-pelacur di Malaysia melakukannya bukan kerana miskin. Bahkan kerana nak hidup mewah. Bahkan remaja berzina, hanya kerana santai. Tiada kata 'haram' dalam pemikiran mereka.

Apalagi bila kerajaan Malaysia sendiri menjadi contoh kepada rakyatnya, asal dapat duit jangan peduli halal-haram. Kerajaan pun main judi besar-besaran. Pemikiran-pemikiran beginilah yang merosakkan rakyat, sehingga dalam mencari makan sudah tidak kira 'halal-haram' lagi. Timbul gejala penipan, rasuah, dan segala macam maksiat.

Maaf, itu hanya sekadar ingatan. Lebih-lebih lagi menjelang Ramadzan beberapa hari lagi... Sepatutnya, peringatan 'halal-haram' dalam kehidupan perlu menjadi wirid, tertama di bulan Ramadzan, bulan turunnya Al-Quran yang akan menziarahi kita kini... (IH)

3 comments:

Anonymous said...

SELAGI UNDANG-UNDANG ISLAM TAK DILAKSANAKAN JANGAN HARAP BENDA-BENDA SPT INI DAPAT DIKURANGKAN.NEGARA KITA MELAKSANAKAN UNDANG-UNDANG DAN HUKUMAN YANG MENDAPAT KEMURKAAN ALLAH.Sesiapa yg redha dng apa yg telah dan sedang dilaksanakan maka mereka juga mendapat sahamnya di akhirat nanti.AWAS........

Anonymous said...

Negeri Johor berusaha kearah melaksanakan hukum islam dimana terdapat pesalah pesalah syariah telah dikenakan hukuman sebatan,tapi Ada pula NGO NGO yg mengakui islam dimana membantah hukuman sebat tersebut. Mereka berkata hukuman sebat Dalam jenayah syariah adalah zalim. Kalau ikut sangat pendapat dan pandangan puak2 ini sampai bila lah hukuman islam tidak dapat dilaksanakan di Malysia ini. Mereka2 ini hanya mengaku pertubuhan islam tapi hakikat sebenarnya pertubuhan Yahudi yg sentiasa mengagalkan perlaksanaan islam Dalam Negara Malaysia ini. Waspada lah dengan pertubuhan2 yg menjadikan islam sebagi asas penubuhan pertubuhan Mereka dgn tujuan mengelabukan biji mata pemerentah dan rakyat. islam sebagai topeng Mereka untuk bergerak didalam Negara ini. Tak Ada ke Detektif Jakim buat pemantauan dengan pertubuhan2 ini atau sekadar berpeluk tubuh cukup bulan ambil gaji

zaman said...

Johor nak buat Islam? kerajaan Malaysia (BN) pun takut..

nak muntah dengar!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails