Saturday, June 22, 2013

MB S'ngor Tertidur Semasa Sidang Akhbar, Letih Sangat..


TERTIDUR... tiga gambar menunjukkan detik-detik Abdul Khalid tertidur kira-kira 15 saat pada sidang akhbar di lobi Dewan Undangan Negeri Selangor di Shah Alam semalam.


MB terlelap pada sidang akhbar
SHAH ALAM – Sidang akhbar Menteri Besar Selangor selepas Majlis Angkat Sumpah pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) semalam menyaksikan gelagat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang tiba-tiba hilang fokus sebelum terlelap ketika bercakap kepada sekumpulan pemberita.

Turut bersama pada sidang akhbar yang diadakan di lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini ialah Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh dan Timbalan Speaker, Nik Nazmi Nik Ahmad. Sidang akhbar itu diadakan bagi mengulas mengenai majlis angkat sumpah tersebut.

ADUN Pelabuhan Klang tersebut disedari tertidur apabila beliau membuat kenyataan dalam nada terputus-putus sehingga sukar difahami dan diikuti mata tertutup sebelum terus terlelap selama hampir 15 saat.

Apabila tersedar, Abdul Khalid ditanya seorang pemberita sama ada beliau tertidur. Menteri Besar itu mengakui bahawa beliau sememangnya terlelap. Selepas itu, Abdul Khalid yang masih berada pada sidang akhbar sama turut dilihat terlelap buat kali kedua selama kira-kira 10 saat ketika Hannah bercakap di depan kira-kira 15 wartawan dan jurugambar. (Kosmo)

Komen Weblog Ibnu Hasym:  MB Selangor tertidur, letih sangat.

1 comment:

Anonymous said...

Wahai MB Selangor, kekadang badan kita juga perlu berehat walau pon sebentar.Kerja kuat itu bagus tapi kalau tanpa rehat yg secukupnya takut nanti sakit pula yg datang.Macam mana nak tadbir negeri nanti.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails