Thursday, June 20, 2013

Tarbiah PLKN, Lahir Bayi Dalam Tandas.. Memalukan!

Sebahagian peserta PLKN menyanyikan lagu Jalur Gemilang sambil mengibarkan bendera itu pada majlis penyerahan Jalur Gemilang..
Pelatih PLKN Lahir Bayi Lelaki Di Tandas Kem
Dalam 8 Bulan, Perempuan Ini Dua Kali Melahirkan  

MUAR: Seorang pelatih yang sedang menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kem Sri Ledang, Jementah, Segamat melahirkan seorang bayi lelaki dalam tandas kem tersebut pada Rabu.

Pengurusan kem tersebut yang menyedari remaja berkenaan melahirkan bayi dalam tandas pada kira-kira pukul 3 pagi segera mengejarkan ibu berusia 18 tahun itu bersama bayi seberat 2.7 kilogram ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah di sini.

Bagaimanapun, bayi lelaki tersebut meninggal dunia tidak lama selepas itu,manakala keadaan ibu muda terbabit dalam yang sedang dirawat tidak membimbangkan. Pengarah hospital Dr Selahudeen Abdul Aziz ketika dihubungi mengesahkan ada menerima seorang pesakit remaja bersama bayi lelaki.

"Kita akan menjalankan bedah siasat ke atas bayi itu esok untuk mengenalpasti punca kematiannya," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ledang, Supt Harun Idris ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian tersebut. - BERNAMA 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Suatu perlakuan yang memalukan, hasil tarbiah pusat latihan khidmat...

KEMASKINI:
Wujudkan peraturan ujian kehamilan pelatih

KUANTAN: Pengurusan Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) akan berbincang dengan Kementerian Pertahanan bagi mewujudkan peraturan mewajibkan setiap bakal pelatih wanita menjalani ujian kehamilan sebelum menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Ketua Pengarah JLKN Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata peraturan itu amat penting untuk dilaksanakan bagi mengelak kes pelatih hamil tanpa memaklumkan kepada pihak pengurusan sebelum menyertai program berkenaan dan seterusnya bersalin di dalam kem.

Beliau berkata perkara itu perlu dibawa kepada pihak atasan terutamanya Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein kerana ia melibatkan banyak agensi kerajaan seperti Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

"Perkara ini perlu diputuskan di peringkat kerajaan dan bagi kami ia amat mustahak dilakukan kerana perlu pastikan pelatih yang mengikuti program tidak berdepan sebarang masalah," katanya selepas menutup PLKN Kumpulan 2 Siri 10/2013 di Kem PLKN Kampung Hijrah, Penor, dekat sini hari ini.

Beliau berkata walaupun terdapat peraturan pemeriksaan kesihatan terhadap bakal pelatih namun ia bukanlah wajib dilakukan dan ujian kehamilan tiada dalam peraturan itu.- BERNAMA

2 comments:

Anonymous said...

Yang lagi pelik...

Semasa pelatih-pelatih PLKN ni masuk kem, tak perlu dibuat pemeriksaan kesihatan ka?

Rasanya kalau ada pemeriksaan kesihatan insya Allah dapat dikesan lebih awal.

QalamQabut said...

Berapa lama kursus PLKN ni? 10 bulan 9 hari ke?

Tarbiah apa kalau masa sepanjang tu pun pelatih tak boleh sedar2

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails