Saturday, June 22, 2013

Black 505: Lagu 'UMNO Curi' & 'Rosmah Buka Pintu' Didendangkan..


 

KUALA LUMPUR: Pengerusi Jihad for Justice, Datuk Thasleem Mohamed Ibrahim mencuit perhatian para peserta himpunan aman Black 505 dengan dua buah lagi Tamil.

Beliau mendendangkan dua buah lagu yang bertajuk ‘Umno curi’ dan ‘Rosmah buka pintu’.

Dalam kenyataan yang disiarkan KeadilanDaily sebelum ini, beliau berkata satu himpunan aman akan berlangsung di jalan masuk bangunan Parlimen anjuran Jihad for Justice pada jam 8 pagi, 24 Jun ini.

Menurutnya, himpunan berkenaan diadakan bersama 15 NGO lain untuk membuka mata kerajaan BN agar menubuhkan segera Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) bagi menghentikan kejadian kekerasan anggota polis terhadap orang awam.

Berucap sebelum itu, AJK PAS Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin membuat kejutan mengumumkan kehadiran 'YAB Rosmah Mansor’.

Ketika itu adalah kehadiran Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan isteri, Normah Alwi. 'Pengumuman’ itu sekaligus melenyapkan seketika suasana yang agak bising sebelum itu. Bekas MB Perak itu menjelaskan berhubung lapan petisyen yang dikemukakan PAS Perak.

Katanya, terdapat bukti dalam satu Dun seramai 10 orang yang ada sijil kematian, tetapi direkodkan 'bangun' mengundi pada 5 Mei lalu. (Hrkh)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-29: Rosmah Mansur Bakal PM Wanita M'sia?
E-Buku IH-29: Rosmah Mansur Bakal PM Wanita M'sia?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails