Sunday, June 16, 2013

Guru Perogol Pelajar Ini, Ditarbiah Sistem Didikan BN..


IMP Awards 2003 Movie Poster Gallry The Guru Poster

Guru ditahan rogol pelajar tingkatan empat
SABAK BERNAM - Seorang guru ditahan selepas disyaki merogol seorang pelajar tingkatan empat di rumahnya di sini pada Khamis lalu.

Perbuatan suspek yang berusia 30-an dan telah berkahwin itu terbongkar selepas mangsa mengadu perkara tersebut kepada guru kaunseling menyebabkan dia ditahan polis pada 3.40 petang hari yang sama.

Menurut Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Mohamad, sebelum kejadian suspek membawa mangsa ke klinik selepas remaja itu mengadu tidak sihat semasa berada di dalam kelas.
Selepas pulang dari klinik, mangsa dibawa ke rumahnya di Sungai Besar di sini dan dipaksa menonton video lucah sebelum merogolnya. Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Lagi bukti sistem pendidikanan Malaysia yang gagal mencapai matlamat kejayaan dunia akhirat, lebih-lebih mampu melahirkan manusia robot sahaja.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails